“Takut Nak Dengar Suara Bella Dalam Telefon” – Aliff Aziz Dedah Dah Lebih 40 Hari Tak Bercakap Dengan Isteri & Anak-Anak

Hiburan

“Takut Nak Dengar Suara Bella Dalam Telefon” – Aliff Aziz Dedah Dah Lebih 40 Hari Tak Bercakap Dengan Isteri & Anak-Anak

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan dia sudah agak lama tidak berhubung dengan isterinya, Bella Astillah dan juga dua orang anak mereka.

Aliff dedah lama tak bercakap dengan Bella dan anak-anak

Perkara itu didedahkan Aliff itu menerusi satu podcast di Singapura di mana dia ada memaklumkan berasa takut untuk mendengar suara Bella setelah sekian lama tidak menghubungi isterinya itu.

Advertisement

Kali terakhir aku bercakap dengan Bella dan anak-anak mungkin lebih 40 hari lalu. Memang tak ada komunikasi sejak beberapa minggu ini.

Masa yang agak lama, membuatkan aku jadi takut nak dengar suara Bella dalam telefon, ia satu benda yang menakutkan buat kita, bila aku dengar, aku takut.

Nafi lari dari masalah

Namun begitu, Aliff berkata dia bukan ingin lari dari masalah tapi keadaan itu didakwa sangat sukar buat dirinya.

Bukan nak larikan diri daripada masalah itu, umi pun ada tanya tak nak bercakap dengan Bella ke? Bukan tak nak bercakap, tapi sebab dah jadi keadaan yang huru hara.

Dah lama dah tak bercakap, tak tahu nak cakap macam mana. Gap itu dah buat aku tak tahu nak cakap apa. Sangat sukar, sebab aku tak tahu nak mula macam mana.

Terdahulu, Aliff muncul buat kali pertama untuk membuat penjelasan isu khalwat bersama aktres Ruhaines serta pendedahan teman wanita, Sarah Yasmine menerusi satu podcast.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff aziz sarah yasmine
7 months ago

"Sarah Yasmine, Harap 'You Enjoy This 5 Minutes Fame' & Tidur Lena, Goodbye" - Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...