“Sarah Yasmine, Harap ‘You Enjoy This 5 Minutes Fame’ & Tidur Lena, Goodbye” – Aliff Aziz

Trending

“Sarah Yasmine, Harap ‘You Enjoy This 5 Minutes Fame’ & Tidur Lena, Goodbye” – Aliff Aziz

Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz tampil memberi pesanan buat kekasih gelapnya, Sarah Yasmine susulan pendedahan yang dibuat wanita itu kepada media hiburan Malaysia sebelum ini.

Aliff yang tampil memberi kenyataan setelah agak lama mendiamkan diri menerusi satu Podcast The Common Folks SG berkata, dia tidak percaya akan pendedahan yang dibuat Sarah Yasmine itu.

Advertisement

Saya tak percaya bila saya nampak hantaran yang dibuat Sarah tentang hal peribadi saya, perbualan peribadi saya, saya rasa macam kenapa perlu dia dedahkan.

Sampai sekarang saya fikir kenapa dia rasa dia buat benda ini sedangkan faham ia akan mengeruhkan lagi keadaan dan perkara yang didedahkan tiada kena mengena pun dengan dia.

Ujarnya lagi, tindakan Sarah Yasmine itu bercanggah dengan alasan ‘sayang’  dan Aliff juga merasakan segala perbuatan wanita itu telah melanggar hak peribadinya.

Dia juga sempat memberi nasihat kepada Sarah agar menikmati kemahsyuran itu sementara masih ada.

Dia buat juga dan saya tak tahu apa sebab dia buat benda itu dan hanya dia sahaja tahu niat yang sebenar tapi saya harap dia nikmati 5 minit of fame ni dan saya harap dengan apa yang dia sudah buat dia boleh tidur dengan lena pada waktu malam.

Apa yang sudah berlaku pun kita tak boleh nak putar balik masa. Jadi, terima kasih dan selamat tinggal.

Terdahulu, nama Sarah Yasmine mula meniti di bibir netizen apabila wanita berasal dari Singapura itu mendedahkan bahawa Aliff Aziz dan Ruhainies masih lagi berhubung setelah ditangkap khalwat selain mempunyai perancangan untuk menjatuhkan Bella.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff aziz menangis
4 days ago

“Selalu Orang Salah Ni Cakap Last” - Tidak Dapat Tahan Sebak, Aliff Aziz Dedah Alasan Sebar Cerita Bella Astillah ‘Curang’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...