“Takut Kena Temb*k? Takut Kena Culik? Terus Terang” – TMJ Cadang Kim Pan-Gon Perjelas Sebab Sebenar Punca Letak Jawatan

Kehidupan

“Takut Kena Temb*k? Takut Kena Culik? Terus Terang” – TMJ Cadang Kim Pan-Gon Perjelas Sebab Sebenar Punca Letak Jawatan

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-Gon mengumumkan perletakan jawatan semalam.

Dalam sidang media mengenai pengumuman perletakan jawatan tersebut, Kim Pan-Gon memaklumkan bahawa adalah ‘bahaya’ jika dia memberitahu sebab sebenar dia meletak jawatan.

Advertisement

Kenyataan tersebut kemudiannya telah dipersoal pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Dalam satu hantaran di aplikasi X, TMJ meminta semua pihak untuk meminta Pan-Gon menjelaskan mengenai perkataan ‘bahaya’ itu dengan lebih jelas.

Apa susah, pergi tanya dia beramai-ramai apa yang dia maksudkan dengan ‘dangerous’. Penyokong, ahli politik dan pihak media. Tanya dia apa maksud ‘dangerous’. Jelaskan lebih terperinci.

Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Terus terang. @RimauXI awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja.

Difahamkan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberitahu bahawa Kim Pan-Gon meletak jawatan atas sebab peribadi.

“Hari ini, saya telah memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi saya. Saya memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang mungkin ditimbulkan kepada semua pihak.” ujar Kim Pan-Gon dalam sidang media tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah:

rethreading tayar netizen geram
3 months ago

"Nak Mat*, Mat* Lah Sorang-Sorang" - Individu Tawar Servis 'DIY' Tambah Bunga Pada Tayar Botak Bikin Netizen Berang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...