“Nak Mat*, Mat* Lah Sorang-Sorang” – Individu Tawar Servis ‘DIY’ Tambah Bunga Pada Tayar Botak Bikin Netizen Berang

Kehidupan

“Nak Mat*, Mat* Lah Sorang-Sorang” – Individu Tawar Servis ‘DIY’ Tambah Bunga Pada Tayar Botak Bikin Netizen Berang

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai kegiatan individu yang menawarkan servis ‘DIY’ menambah bunga pada tayar lama di lori sekaligus mengundang perasaan tidak puas hati netizen.

Dalam hantaran video itu, seorang individu dirakam sedang sibuk mengukir corak seperti tayar baharu pada lapisan dasar tayar yang haus.

Advertisement

Meskipun terlihat baru, tayar tersebut amatlah tidak selamat untuk digunakan kerana tiada cengkaman seperti tayar yang baru.

Sekadar info, ‘tyre retreading’ ini kebiasaannya dilakukan kerana kos untuk mengganti tayar baru adalah sangat mahal.

Pemandu-pemandu lori menggelarkan tayar ini sebagai tayar celup.

Perkongsian video itu telah membuatkan netizen berang dan panas hati kerana ia boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

“Sebab inilah punca kemalangan. Hilang kawalan lah, brek tak makan, tayar pecah. Pastu nyawa yang tak bersalah hilang macam tu je” komen seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Remaja tidur di koridor
5 months ago

"Saya Dah Bagi Kunci Rumah, Dia Tak Mahu Dengar Cakap" - Bapa Suspek Kes Pengabaian Anak Tidur Di Koridor Flat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...