Takut! Ini 8 Filem Seram Terbaik Malaysia Wajib Ditonton

Hiburan

Takut! Ini 8 Filem Seram Terbaik Malaysia Wajib Ditonton

Bagi mereka yang minat filem bergenre seram, pasti filem-filem ini tidak asing dengan anda. Tapi mungkin ada yang kita dah tahu, ada juga kita tak tahu.

OST Filem Malaysia
3 years ago

Jom Dengar 5 OST Filem Malaysia Yang Ikonik!

Advertisement

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan filem bergenre seram terutamanya filem keluaran tempatan, berikut adalah senarai 8 filem seram yang dihasilkan di Malaysia yang boleh ditonton oleh anda di rumah!

1. Khurafat: Perjanjian Setan (2011)

Khurafat: Perjanjian Setan

Khurafat merupakan filem seram arahan pertama Syamsul Yusof, yang juga mengangkat dirinya sebagai teraju utama. Kelebihan filem ini bergantung kepada jalan cerita yang kemas, adegan seram yang boleh menaikkan bola roma yang menonton terutamanya babak jenazah bangun ketika berada dalam van mayat!

2. Munafik (2016)

Munafik

Filem seram kedua arahan anak kepada Dato’ Yusof Haslam ini menampilkan Syamsul Yusof dan Nabila Huda sebagai teraju utama. Persembahan Nabila Huda yang amat cemerlang di dalam filem ini telah membuatkan ia ‘bernyawa’. Siapa yang boleh lupa adegan Nabila Huda yang dirasuk sehingga memanjat dinding dalam keadaan yang sangat mengerikan?

3. Jangan Pandang Belakang (2007)

Jangan pandang belakang

Filem arahan Ahmad Idham lakonan Pierre Andre ini merupakan filem seram yang menjadi fenomena di Malaysia. Perkata ‘Jangan Pandang Belakang’ seringkali bermain di bibir rakyat Malaysia terutamanya jika mereka ingin menakutkan seseorang. Filem yang ditayangkan pada tahun 2007 ini telah membuka peluang kepada pelbagai filem seram untuk kembali ditayangkan di panggung dan mendapat sambutan yang mengalakkan.

4. Paku (2013)

Paku

Paku yang diinspirasikan dari filem seram Malam Satu Suro serta kisah Highland Tower, mengisahkan tentang seorang lelaki yang tidak mampu untuk melepaskan isterinya yang telah meninggal dunia! Lakonan cemerlang Aishah Ilias dan Johan Asari telah berjaya menaikkan bulu roma penonton.

5. Puaka Tebing Biru (2007)

Puaka Tebing Biru

Lakonan hebat Umie Aida, Nasha Aziz dan Fahrin Ahmad, filem Osman Ali ini mendapat kutipan yang agak tinggi meskipun pada tahun 2007, filem seram masih lagi bertatih untuk bertapak kembali dalam industri perfileman. Filem ini berjaya bermain dengan emosi penonton dengan elemen kesedihan, simpati dan tidak lupa adegan-adegan seram.

6. Susuk (2008)

Susuk

Filem ini merupakan arahan Amir Muhammad dan seorang pengarah berbangsa Iran-Amerika, Naeim Ghalili. Jalan cerita yang tidak klise, mengangkat budaya syirik dan mistik di dalam masyarakat kita merupakan kekuatan filem ini.

7. Trauma (2004)

Trauma

Filem lakonan Nasha Aziz ini mengangkat tema kecelaruan mental dan identiti (psikologi) sebagai intipati utama filem arahan Aziz M Osman ini. Persembahan cemerlang Nasha Aziz sebagai antagonis di dalam filem ini telah membuatkan beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk Festival Filem Malaysia yang ke-17.

8. Mistik (2003)

Mistik

Biarpun sewaktu filem ini ditayangkan mendapat kecaman dan kritikan yang tidak enak dari penonton yang meminati filem seram, Mistik masih tidak mengecewakan dari aspek keseraman yang ditonjolkan. Filem ini mendapat kecaman kerana jerita Rita Rudaini yang bingit dan membuatkan rata-rata penonton tidak berpuas hati. Biarpun jalan cerita yang klise, ia masih boleh membuat anda tidak senang duduk!

Banyak lagi filem seram keluaran tempatan yang tidak kurang hebatnya seperti, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Karak dan banyak lagi. Pastikan anda menonton filem-filem seram ini di saluran yang betul ya! Sokonglah industri perfileman tempatan!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...