Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Jom Dengar 5 OST Filem Malaysia Yang Ikonik!

OST Filem Malaysia

Apabila sesebuah filem itu terkenal, selalunya ia mempunya runut bunyi lagu atau OST yang melekat kuat sehingga kini dalam ingatan penonton yang menontonnya.

Advertisement

Tidak dinafikan lagi, runut lagu atau OST mampu menguatkan lagi naskah yang dipersembahkan oleh barisan pelakon di dalam filem dan membuat penonton ikut merasakan emosi serta terhubung dengan babak-babak yang ada.

Berikut adalah lima soundtrack asli dari filem-filem Malaysia yang menjadi kegilaan orang ramai dan sehingga kini masih diingati banyak pihak.

1. Asmaradana – Tiara Jacquelina

Puteri Gunung Ledang

Advertisement

Filem: Puteri Gunung Ledang

Lagu Asmaradana umpama merasuk peminat hiburan tanah air sejak terlancarnya filem agung Puteri Gunung Ledang pada tahun 2004. Lagu sarat elemen seni sentuhan Edry dan Norman KRU ini kedengaran malar segar dan tidak lapuk sehingga kini. Kadang-kadang terfikir juga siapa lagi yang layak untuk menyanyikan lagu ini selain Puan Sri Tiara?

2. Pergi – Aizat

Talentime

Filem: Talentime

Lagu runut bunyi filem Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad ini sememangnya digemari oleh banyak lapisan masyarakat. Alunan iramanya sayu dan jika ditelitikan liriknya pula, ia amat bermakna! Dengan lagu ini juga, penyanyi Aizat pernah melakarkan kecemerlangan apabila berjaya menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-24 suatu ketika dahulu.

3. Ombak Rindu – Hafiz & Adira

Ombak Rindu

Advertisement

Filem: Ombak Rindu

Siapa sahaja yang tidak tahu lagu ini? Runut bunyi filem Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira ini cukup mempersonakan. Padanan vokal dan keserasian mereka menyampaikan lagu ini meninggalkan kesan yang dalam kepada pendengar. Malah, filem terbitan Astro Shaw pada tahun 2011 ini juga masih menjadi sebutan dan melekat dalam minda penonton sehingga ke hari ini.

4. Kalah Dalam Menang – Shamsul Yusof & Mawi

Munafik

Filem: Munafik

Bila dengar lagu ini, ia membuatkan kita terfikir semula tentang diri kita dan apabila membaca lirik lagu ini dengan teliti, boleh dilihat mesej-mesej di dalam lirik lagu ini memberi pengajaran kepada kita semua. Kalah Dalam Menang menandakan kolaborasi sulung Syamsul Yusof dan Mawi. Lagu ini dicipta dan ditulis oleh Syamsul dan Dr. Anwar Fazal dan diterbitkan oleh Hafiz Hamidun untuk Arteffects Sdn. Bhd

5. EVO – Joe Flizzow & SonaOne

Polis Evo

Filem: Polis Evo

Bait lirik ini memang melekat dan jadi siualan ketika filem Polis Evo mula ditayangkan pada tahun 2015 lalu. Selain lakonan dan jalan cerita filem ini yang mendapat pujian ramai, soundtrack juga berjaya meledak di halwa telinga pendengar. Lima tahun sudah berlalu, muzik video lagu ini telah mencecah sebanyak 2 juta tontonan dari peminat.

Demikian sahaja lima lagu runut bunyi daripada filem-filem terkenal di Malaysia. Jumpa lagi minggu hadapan dengan topik yang baharu!

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. unknown

    August 13, 2021 at 2:53 pm

    Puteri Gunung Ledang lagi letops lagu M.Nasir & Siti Nurhaliza

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top