Kerana bimbang dipulaukan dan hilang punca ‘cari makan’ menjadi salah satu sebab kenapa segelintir pekerja seni enggan membuat aduan apabila berdepan dengan gangguan seksual.
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) mempercayai ramai pekerja seni menganggap gangguan seksual ini merupakan hal kecil, bimbang menanggung malu dan tidak sanggup berhadapan dengan pandang masyarakat hingga tidak mahu membuat aduan.
Menurut presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi, jumlah pekerja dalam industri seni tanah air yang membuat aduan menjadi mangsa gangguan seksual tidak ramai.
View this post on Instagram
Kita hanya boleh nasihat mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual buat aduan ke balai polis agar tindakan diambil.
Walau bagaimanapun, Zed berkata jika artis yang mendakwa jadi mangsa pencabulan seksual tidak mahu mengambil langkah seterusnya selepas menemui SENIMAN, maka pihaknya tidak boleh memaksa.
Dalam pada itu, presiden SENIMAN itu turut menasihati agar golongan seni yang berdepan dengan gangguan seksual tampil membuat aduan agar tindakan seterusnya bakal dikenakan buat si pelaku.
Sehubungan itu, SENIMAN berhasrat bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menyebarkan maklumat mengenai gangguan seksual.