Cef selebriti terkenal, Cef Wan ada mengemaskini perkembangan kesihatan ibu kesayangan, Noraini Abdullah yang kini sedang bertarung nyawa di hospital akibat kanser tahap empat yang kini sedang dihidapinya.
Cef Wan dalam beberapa hantaran di Instagram mengakui takut untuk tidur kerana bimbang ibunya itu akan menghembuskan nafas terakhir.
Sepanjang malam saya hampir tidak tidur sentiasa memeriksa keadaan ibu, kerana pernafasannya kelihatan lebih perlahan malam tadi.
Saya sangat takut untuk tertidur sekiranya dia meninggalkan saya di dalam tidurnya. Ketakutan itu sentiasa ada.
Manakala dalam hantaran Instagram berasingan, Cef Wan meluahkan rasa berang dengan tindakan melulu beberapa tabloid hiburan yang melaporkan bahawa ibunya sudah meninggal dunia.
Terdahulu, Cef Wan memaklumkan bahawa ibunya kini berada dalam keadaan nazak akibat kegagalan organ tubuh badan disebabkan pertumbuhan kanser.