“Macam-Macam Alasan Diberi” – Cef Wan Dedah Adik-Beradik Sering Mengelak Jaga Ibu Sakit

Hiburan

“Macam-Macam Alasan Diberi” – Cef Wan Dedah Adik-Beradik Sering Mengelak Jaga Ibu Sakit

Cef terkenal tanah air, Datuk (Dr) Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Cef Wan baru-baru ini memuat naik tentang perkembangan ibunya yang kini mengalami dementia.

Menerusi ruangan kapsyen, Cef Wan memberitahu bahawa ibunya kini tidak mampu membuat aktiviti-aktiviti biasa seperti menggunakan sudu untuk makan dan mengikat kain.

Advertisement

Sampai satu tahap dia hanya mampu memandang pinggan dan tidak mampu berbuat apa-apa. Ini kerana bahagian otak yang memberi isyarat untuk menggunakan sudu untuk makan tidak lagi berfungsi…

…Dia tak tahu berbuat apa-apa. Sampai nak ikat kain sendiri pun dia tak tahu.”

Dalam pada itu, cef selebriti tersebut turut meluahkan rasa kesal dengan sikap adik-beradiknya yang sering menuding jari antara satu sama lain apabila disuruh menjaga ibu.

Saya beritahu adik-beradik tentang keadaan ibu dan menyuruh mereka untuk meluangkan masa berkualiti bersama…

…Seperti biasa masing-masing pun mula menuding jari antara satu sama lain. Macam-macam alasan diberi. Sampai satu tahap, saya macam ‘suka hati kau orang la.’

Dalam hantaran lain Cef Wan turut sempat menitipkan kata-kata pesanan untuk pihak di luar sana supaya bersabar dengan dugaan yang diberikan oleh Tuhan.

2022-10-18 15:44:40

"Lupakan Benda Lepas" - Shikin Maembong Dan Chef Wan Berbaik, Maafkan Satu Sama Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram