“Lupakan Benda Lepas” – Shikin Maembong Dan Chef Wan Berbaik, Maafkan Satu Sama Lain

Hiburan

“Lupakan Benda Lepas” – Shikin Maembong Dan Chef Wan Berbaik, Maafkan Satu Sama Lain

Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menyatakan bahawa dia telah berdamai dengan bekas menantunya, Shikin Maembong.

Menerusi hantaran Chef Wan di akaun Instagram miliknya, dia memaklumkan telah melupakan persengketaannya dengan Shikin pada masa lalu dan memaafkan antara satu sama lain.

Advertisement

Kami membuat keputusan untuk berhenti bergaduh dan melupakan persengketaan yang berlaku. Juga memaafkan antara satu sama lain.”

Tambahnya lagi, dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap bekas menantunya itu sebaliknya belajar daripada kesilapan dan meneruskan kehidupan ke arah yang lebih baik.

Nak simpan marah, membenci dan berdendam pun tak akan ke mana.”

Pada akhir coretannya, Chef Wan berkata akan mencuba yang terbaik untuk menjadi seorang yang sentiasa ada bersama keluarga sama ada di waktu susah mahupun senang.

Sekadar info, salah faham antara Chef Wan dan Shikin berlaku apabila kakak kepada pelakon Emma Maembong itu bertindak menghantar surat saman kerana teguran terbuka yang dilakukan oleh chef selebriti tersebut.

Terdahulu, Shikin Maembong pernah mendirikan rumah tangga dengan anak lelaki Chef Wan, Chef Riz pada tahun 2014 dan bercerai pada tahun 2016 serta dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Arriana Natasya.

2 years ago

"I Have Forgiven Her"- Chef Wan Tak Nak Jumpa Shikin Maembong, Jauhkan Diri Dari Drama Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...