Siapa yang tidak kenal dengan usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat yang sering mencuri perhatian netizen kerana gelagat dan tingkah lakunya di media sosial.
Terbaharu, Nur Sajat membuat hantaran di laman media sosial memperlihatkan dia memakai bengkung sempena mempromosikan produk tersebut.
Akan tetapi, video berkenaan menerima kecaman daripada warganet kerana pakaian yang dipakai oleh Sajat jelas menunjukkan bentuk punggungnya.
“Takut azab Allah,” kata seorang warganet.
“Plastik sampah lupa nak buang ke?,” kata seorang lagi netizen.
Untuk info, Nur Sajat kini menetap di Australia selepas membuat keputusan meninggalkan Malaysia kerana mendakwa dirinya berasa terancam sebagai seorang transgender.