“Saya Rasa Diri Terancam Di Malaysia, Lebih Dihargai Di Australia” – Nur Sajat

Hiburan

“Saya Rasa Diri Terancam Di Malaysia, Lebih Dihargai Di Australia” – Nur Sajat

Usahawan kosmetik penuh kontroversi, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mengakui bahawa dia merupakan transgender dan membuat keputusan meninggalkan Malaysia atas sebab merasakan dirinya terancam.

Sajat
2 bulan lalu

Dapat Liputan The New York Times, Sajjad Dedah Ditendang Dan Diraba Oleh Pegawai Agama Ketika Ditahan

Advertisement

Menurut Nur Sajat, sebelum ini dia mengalami masalah kemurungan yang amat teruk sehingga ia menjejaskan kesihatan dirinya dan mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat kelahirannya ini.

Pada satu tahap apabila mendapat tekanan dan layanan yang berunsur kekerasan, saya jadi takut dan trauma. Saya sampai jadi murung, terpaksa mengambil ubat dan mendapatkan rawatan serta terapi mental.

Ketika menghadiri sesi temu ramah bersama Harith Iskandar dalam program What’s Going On Malaysia semalam, Sajat beberapa kali memberitahu dia adalah transgender dan berkata dia kini dapat apa yang dia mahukan di Australia.

Saya rasa lebih dihargai di sini (Australia) sebagai orang baharu. Saya sudah diberi nombor cukai. Saya juga diberi ruang untuk mengukuhkan kebolehan berbahasa Inggeris menerusi kelas.

Sajat dan Harith Iskandar

Dalam pada masa yang sama, Sajat turut tidak dapat menyorokkan rasa sedihnya di dalam sesi temu ramah itu kerana terpaksa berjauhan dari anak-anaknya.

Advertisement

Terdahulu, Nur Sajat sebelum ini ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu, selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan itu dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

6 Comments

  1. Xxxx

    October 25, 2021 at 10:20 pm

    Apa la meleret2 sgt pondan ni bcakap..penat aku dgr..dh elok la tu.dok kat ostolia diam2.kami lega ko xde kat sini dah..

  2. Armadan Hamdan

    October 25, 2021 at 7:46 pm

    OF COURSE

  3. Anonymous

    October 25, 2021 at 2:09 pm

    kau baru je menetap kat sana, mestilah semua indah… lama2 nanti jangan pula mengadu ada masalah kat sana. jangan pula mengadu yg kau rindu nak balik sini

  4. Anon

    October 25, 2021 at 1:26 pm

    Kuburkan cerita dia boleh x..jgn bg exposure langsung biar dia mati lapar perhatian dr malaysia..tgk kalau dia xfemes org australia layan dia mcm mana..padahal xnak bayar hutang dkt org, busuk hati betul dia ni..dh kalah kat mahkamah xnak bayar pulak..

    • Anon

      October 26, 2021 at 8:08 pm

      Duk la sana diam2 jat. Setakat chin peng pun beria2 nak balik malaysia..hujan emas di negara org hujan batu di negara sendiri.. Dah paham kerenah org putih, org china/india etc sana baru terbuka mata kau nti. sekarang mmg semuanya manis2 lagi…

  5. Anonymous

    October 25, 2021 at 11:09 am

    kau yg provoke org ramai lebih2 sajat. banyak je pondan kt Msia ni. tapi org xde ambik port sgt pun. sbb diorg buat hal sendri diam2.. takde nk tayang kat semua org konon2 mereka tu lut sgt atau lagho sgt. ada pondan aku kenal, pergi umrah dia tahu beza diri dia yg sebenar dgn yg jahil. takdelah dia bertelekung mcm kau ke sana. nauzubillah. sekurang2nya kalau kt Msia insyaAllah mungkin 1 hari nanti kau terbuka balik ke jln yg betul w/pun kena hentam. kalau kt sana, takut makin jauh Jat. pikirlah betul2…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...