Usahawan kosmetik terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ataupun lebih dikenali sebagai Sajat khabarnya telah mendapat liputan media antarabangsa bukan sahaja di negara Indonesia, malah di The New York Times.
Sajat yang ditemubual tabloid akhbar terkenal itu memaklumkan bahawa dirinya kini lebih bebas dan tidak lagi dikongkong dengan karenah birokrasi di negara sendiri.

Katanya, dia berasa seperti menjadi penjenayah berikutan undang-undang Malaysia menganggap dirinya sebagai seorang lelaki.
Dalam artikel berjudul ‘Transgender Woman Flees Malaysia After Prison Threat For Wearing Hijab’ itu, Sajat juga mendedahkan bahawa dia pernah dicabul oleh pihak berkuasa Malaysia sekitar bulan Januari yang lalu.
Mereka rasa mereka boleh sentuh bahagian sulit dan payudara saya kerana menganggap saya lelaki. Mereka tidak memperlakukan saya atas dasar kemanusiaan.
View this post on Instagram
Usahawan itu yang kini menetap di Australia turut memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya tiga lelaki telah bertindak untuk menendangnya selain merapa payudara dan diletakkan dalam penjara untuk lelaki selama satu hari.
Dalam pada itu, Sajat berkata dia sudah melepaskan segala perniagaan yang dibinanya di Malaysia demi memulakan hidup baru di negara yang didiaminya kini.
Dia juga dilaporkan memiliki kad pelarian Suruhanjaya Pelarian Tinggin Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) ketika berada di Thailand.
Terdahulu, media melaporkan bahawa Sajat telah pun ditahan di Imigresen Thailand pada 8 September lalu kerana kesalahan tidak memiliki pasport yang sah namun dibebaskan setelah diikat jamin beberapa hari kemudian.
Kini, Sajat yang juga merupakan personaliti media sosial Instagram itu juga telah pun mendapat kad hijau dan kuning dari negara Australia yang mengesahkan dia kini bergelar penduduk tetap di sana.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
October 23, 2021 at 12:04 am
Lepas ne.. akan ada cerita dia kahwin dengan c jocos tu. Antah siapa nama bf dia tu.
Anon
October 22, 2021 at 10:45 pm
Kalau polis US mmg paling cibai dalam dunia la. Belum apa2 dah kena tembak. Tambah2 bab transgender ni, western mmg suka api2kan lepas tu acting baik, jadikan world news issue ni. Padahal golongan ni yg ramai mati kena hentak dgn masyarakat western. Malaysian biasanya ‘ignore’ dgn golongan ni tapi sajat ni mcm sengaja buat masalah. Dah tahu malaysia ni undang2nya dah mcm tu…. Bukan thailand, ladyboy bersepah.
Anonmanos
October 22, 2021 at 11:06 pm
Dulu pernah pergi bank, customer servisnya mcm air asia punya staff wanita. Cantik. Bila dia tanya ‘yes boleh saya tolong’?’ rupanya suara sikit garau. Tapi saya tak terkejut pun biasa je sbb mereka pun manusia biasa mcm kita. Ramai je transgender kat mesia ni.. Tak da issue pun masuk news. Padahal cerita ni dalam tahun 2006-2008…. Cuma dia low profile bkn cari publisity. Respect kat bank tu jgk. Saya yakin akan dtg, kita boleh byr pengurusan jenazah utk kebumikan kita.Tak perlu panggil org sekeliling dah, diorg nak boikot ke apa kalau tak suka…. Ni apa yg saya ramalkan.
Anonymous
October 22, 2021 at 11:48 am
Si sajat ni ingat mati nanti boleh flash kad hijau kuning tu kot..
Anonymous
October 22, 2021 at 10:56 am
sajat ni hurmm
dgr boleh
percaya kne timbang2 dulu
btw harap xde laa pegawai2 yg meraba
even kalau tangkap org lelaki tulen sekali pun
mana boleh sesuka hati pegang bhg2 bdn tahanan
kne ada etika
to sajad
di dunia ko bleh ckp apa shj
ko x igt Allah uji ko masa terlantar sakit hari tu
nnti disana, cemana org akan uruskan jenazah kamu sajad? ada fikir tak?