Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Taknak Vaksin Itu Hak Mereka, Tapi Bila Ditetapkan Untuk Ambil, Sila Ambil” – Didie Alias

Didie Alias

Ketika industri seni kini sudah kembali beroperasi, masih ada beberapa kekangan daripada pemain industri sendiri enggan menerima vaksin COVID-19 dan menggunakan alasan tidak bersedia.

Advertisement

Bagi pelakon yang sudah lama dalam industri seni iaitu Didie Alias, dia tidak menafikan ada antara orang terdekat dan kenalannya yang juga masih berkeras untuk tidak menerima vaksin.

Perkara itu (vaksinasi) tak ada paksaan dan bukan wajib, tapi untuk komitmen kerja bila ditetapkan kita mengambil vaksin, sila ambil.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Tambahnya, dia sebagai anak seni turut memainkan peranan penting dalam menyajikan karya hiburan di samping sentiasa mewujudkan kesedaran mengenai pentingnya pengambilan vaksin kepada orang awam.

Kita pemain industri seni ini juga ada tanggungjawab dan masyarakat ingin melihat kita beraksi di layar. Jadi, untuk terus bekerja dan berkarya, ikut apa yang ditetapkan.

Didie Alias

Info terkini, pelakon itu memaklumkan kepada pihak Harian Metro dia kini sudah selesai menjalani penggambaran drama seram yang bakal ditayangkan di saluran Astro.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top