September 12th, 2013

Nama Syazwan Zulkifli kini sedang hangat diperkatakan peminat industri hiburan tanah air. Bukan kerana kehebatan lakonannya tetapi kerana Syazwan adalah pemandu kereta Nabila Huda yang terlibat dengan kemalangan di Karak baru-baru ini. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Syazwan, antaranya ialah dia mabuk ketika kejadian tersebut berlaku.

syazwan zulkifli

Malah Syazwan juga dituduh mempunyai hubungan cinta dengan Nabila Huda. Tampil menerusi Berita Harian hari ini, Syazwan Zulkifli menafikan kedua-dua dakwaan tersebut. Kata Syazwan:-

Hanya kerana kemalangan itu, peminat sesuka hati membuat spekulasi sedangkan kami memang akrab. Saya mula berkawan dengan Abil sejak dia baik dengan Johan. Takkanlah disebabkan kami terbabit dalam kemalangan, dengan mudahnya kami dituduh bercinta. Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta

syazwanAbang Nara lihat Syazwan ini seperti seorang yang bertanggungjawab. Daripada apa yang Abang Nara baca, memang nampak Syazwan mengambil berat keadaan Keisha, anak Nabila Huda sebelum menyelesaikan masalah dirinya. Apa yang lebih mengharukan Abang Nara ialah inisiatif yang bakal diambil oleh Syazwan untuk bertemu keluarga Nabila dan memohon maaf secara peribadi.

Jika saya berada di tempat Zaidy, tentulah saya risau kerana membabitkan nyawa anak saya. InsyaAllah apabila keadaan sudah reda, saya akan mengajak Nabila berjumpa dengan keluarganya untuk memohon maaf secara peribadi. Saya berasa bertanggungjawab dan masih dirundung rasa bersalah berikutan kemalangan itu

Memang gentleman sungguh si Syazwan Zulkifli ini. Bagi Abang Nara, perkara yang sudah berlaku lupakanlah sahaja. Lepas ini lebih berhati-hati ketika memandu. Malang memang tidak berbau. Kepada pembaca BeautifulNara juga, Abang Nara mohon anda mengambil langkah berjaga-jaga ketika memandu. Sekarang ini terlalu banyak kemalangan maut. Semoga kita semua selamat sentiasa.


Comments are closed.

Loading...