“Takkan Saya Nak Tutup” – Neelofa Akan Dedah Wajah Bilal Pada Peminat Tak Lama Lagi

Hiburan

“Takkan Saya Nak Tutup” – Neelofa Akan Dedah Wajah Bilal Pada Peminat Tak Lama Lagi

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memaklumkan bahawa peminat akan dapat melihat wajah anak kesayangannya, Muhammad Bilal tidak lama sahaja lagi.

Kata Neelofa, dia dan suaminya Haris Ismail mahu membesarkan cahaya mata mereka itu tanpa mengawal dan membataskan tumbesarannya.

Advertisement

Ceritanya lagi, Bilal kini sudah mula merangkak dan membesar dengan baik.

Nak dia besar sama juga seperti kanak-kanak lain. Bila Bilal dah boleh jalan, sudah tentu kami akan bawa dia ke taman dan tak lama lagi akan bawa pergi bercuti.

Waktu itu, tak boleh dah nak sekat-sekat atau tutup muka dia. Anda semua dah boleh lihat.

Namun begitu, ujar Neelofa, dia akan cuba mengawal situasi dengan sebaiknya jika keadaan itu berlaku kelak.

Neelofa juga mengharapkan agar peminat di luar sana untuk menghormati privasi dia dan suami serta anak kesayangannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Apa yang saya harapkan ialah mereka pun boleh hormat privasi. Kalau ada yang nak tengok nanti, saya tunjuk saja wajah Bilal. Tidaklah saya nak tutup kalau orang ternampak.” jelas Neelofa.

Sekadar info, Neelofa dan Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 29 Januari lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

noraniza idris malai solo tunda
2 bulan lalu

“71 Keping Je Jual” - Kak Ani Tangguh Konsert Malai Solo Risau ‘Clash’ PRU15, Netizen Perli Tiket Tak Laku

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. tecit

    October 5, 2022 at 3:31 pm

    klu jmpe depan2 opkoc la die xbg tgk apeeeelaa. tp xboleh amik gamba laa. tgk depan2 je.

  2. Anonymous

    September 28, 2022 at 3:05 pm

    nak tengok muka anak dia buat ape, mungkin muka biasa2 je sebab tu tak tunjuk.

  3. Anonymous

    September 28, 2022 at 2:35 pm

    Biar le dia…anak dia. Tgk le gambar anak org lain, lagi comel pun ada.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...