“71 Keping Je Jual” – Kak Ani Tangguh Konsert Malai Solo Risau ‘Clash’ PRU15, Netizen Perli Tiket Tak Laku

Hiburan

“71 Keping Je Jual” – Kak Ani Tangguh Konsert Malai Solo Risau ‘Clash’ PRU15, Netizen Perli Tiket Tak Laku

Penyanyi yang terkenal dengan gelaran Ratu Etnik Malaysia, Noraniza Idris memaklumkan bahawa dia telah menunda penganjuran persembahan terakhirnya yang sepatutnya berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober 2022 di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Maklum Noraniza Idris yang mesra disapa sebagai Kak Ani yang ditemui media, konsert berkenaan terpaksa ditangguh di atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan selain kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan pada bulan berkenaan.

Advertisement

Berikutan itu, ia akan menyukarkan jemputan tetamu VIP, menteri serta wakil daripada pihak kementerian yang menjadi salah satu tonggak utama penganjuran konsert itu.

Manakala pengarah muzik Konsert Malai Solo iaitu Datuk Ramli MS juga terikat dengan program Gegar Vaganza musim ke-9 yang sedang berlangsung pada ketika ini.

Menjengah ke media sosial, ada yang menyambut baik keputusan ia ditunda namun ada juga komen-komen nakal daripada sesetengah netizen yang mengandaikan konsert tersebut tidak mendapat sambutan daripada orang ramai.

TwitterSumber : Twitter  

Malah, ada sanggup mendokumentasikan berapa keping tiket telah terjual setelah ia diuar-uarkan mengenai penjualannya kepada peminat.

Sekadar info, Kak Ani pernah dikritik kerana menjual tiket dengan harga yang terlalu mahal dan tidak berbaloi.

Tiket Konsert Malai Solo dilaporkan dijual pada harga RM299 sehingga RM1,599 bagi tempat duduk VIP.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TikTok
2 bulan lalu

“Kenapa Kena Pakai Ek?” - Shila Amzah Tindik Hidung Ketika Konsert GV9, Ada Netizen Tak Puas Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    September 28, 2022 at 2:45 pm

    HAHAHAHA RISAU SBB PRU KE SBB DATO SERI MALAUNIS X JADI SPONSOR? ALMAKLUMLAH DIA KAN DUTA RUMAH RM 10 TU WKAKAKAKAAKAKAKKA

  2. Anonymous

    September 28, 2022 at 7:48 am

    jual mahal sgt, org nk beli beras pun pikir panjang, beli tiket konsert bukan kenyang

  3. Anonymous

    September 27, 2022 at 4:41 pm

    Bila dah over confident. Dato siti pun hbs kuat 2 hari ja concert

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...