Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Aedy Ashraf nampaknya sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila dia memuat naik foto tidak berbaju di media sosial Instagramnya, baru-baru ini.
Dia yang kini rajin bersenam dan membina badan telah menuai kritikan dalam kalangan peminat apabila sering saja memuat naik foto-foto seperti itu untuk tatapan mereka di luar sana.
Terbaru, pelakon drama Budak Tebing ini ada mengemaskini akaun Instagramnya dengan beberapa keping foto dia tidak berpakaian dengan berlatar belakangkan kehijauan alam semula jadi.
Perkongsian tidak berkapsyen itu nampaknya telah mengundang peminat untuk tampil memberi nasihat mengenai soal aurat dan sebagainya.
Meskipun begitu, ada juga dalam kalangan peminat yang membela dan merasakan tiada apa yang perlu dikecohkan sangat kerana Aedy bukanlah berbogel sepenuhnya.
Namun, peminat yang lain sempat membalas komen dengan mengatakan tidak perlu menunggu Aedy untuk berbogel sepenuhnya dalam memberi nasihat dan teguran.
“Lepas tu, nak tunggu dia bogel baru boleh tegur? Aurat lelaki dari pusat sampai lutut. Benda wajib kena tegurlah, untuk jadi pengajaran..” tulis seorang pengguna media sosial.
Meskipun begitu, pelakon drama Projek : Anchor SPM itu tidak memberi sebarang maklum balas terhadap komen atau kritikan yang ditinggalkan oleh netizen.
Terdahulu, Aedy pernah membuat kenyataan mengenai segala apa yang dikongsikan di media sosial hanyalah dirinya yang sebenar.
“Dikecam atau tidak, saya tidak pernah ambil peduli. Tak suka jangan tengok. Kehidupan saya amat ringkas.” ujar Aedy Ashraf tegas.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.