“Takde Perasaan Ke?!” – Keluarga Dihalang Untuk Mandikan Jenazah Kerana Si Mati Belum Langsai Hutang

Kehidupan

“Takde Perasaan Ke?!” – Keluarga Dihalang Untuk Mandikan Jenazah Kerana Si Mati Belum Langsai Hutang

Apabila seseorang itu berhutang dengan seseorang, ia perlulah dilunaskan dengan segera supaya keluarga yang masih hidup di muka bumi ini tidak akan terbeban dengan hutang yang masih belum dibayar seandainya kita dijemput ilahi.

Seperti yang terjadi dalam video yang dimuat naik di platform TikTok ini apabila ahli keluarga terpaksa melunaskan hutang kepada si peminjam.

Advertisement

Di dalam video berkenaan, jelas situasi yang terjadi sememangnya tidak keruan apabila satu kampung berkumpul di hadapan kediaman si mati sambil berbincang di antara satu sama lain apa yang telah berlaku.

Perkara menjadi ‘kecoh’ kerana sepupu daripada isteri Allahyarham telah menahan jasad dari dimandikan dan dipercayai, dia datang untuk menuntut hutang sebanyak RM604, juga termasuk kadar bunga kerana dibayar lambat.

Kerana telah membuat situasi menjadi besar semasa hari yang menyedihkan itu, ramai ahli keluarga tidak berpuas hati apabila wanita itu mendesak agar mereka membayar hutang dahulu.

Difahamkan, sanak-saudara berpakat beramai-ramai kumpulkan duit yang perlu dibayar agar apa yang telah berlaku ini selesai dengan segera.

Meninjau di ruangan komen video berkenaan, rata-rata netizen sempat meninggalkan pandangan mereka sendiri mengenai isu yang terjadi dan ramai yang bersetuju agar hutang sepatutnya dilangsaikan dengan segera semasa masih hidup.

budak cedera sebab bapa rakan kelas pukul
2 years ago

"Biasalah Budak Bergaduh.." - Bapa 'Classmates' Campur Tangan Pukul Murid Tahun Tiga Hingga Cedera

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...