“Tak Viral Henyak Dah, Simpan Dua Tiga Minggu” – Video Lelaki Tuduh Tok Batin Sorok Jaslinda Dua Minggu Tular

Viral

“Tak Viral Henyak Dah, Simpan Dua Tiga Minggu” – Video Lelaki Tuduh Tok Batin Sorok Jaslinda Dua Minggu Tular

Kira-kira 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari daerah Batang Padang, Muallim dan Kinta tampil membuat laporan polis hari ini susulan dakwaan tular yang mengaitkan Tok Batin Kampung Orang Asli (KOA) Lubuk Gaharu dengan kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, baru-baru ini.

Laporan tersebut dibuat selepas tular satu video di TikTok yang didakwa mengandungi fitnah serta kenyataan tidak berasas sehingga mencemarkan nama baik Tok Batin KOA Lubuk Gaharu, Mohd Asmmadi Abdullah dan institusi kebatinan Orang Asli secara keseluruhan.

Advertisement

Masyarakat Orang Asli kesal dengan tuduhan kononnya Tok Batin Mohd Asmmadi sengaja menyembunyikan Jaslinda ketika wanita itu dilaporkan hilang.

 

“Dakwaan itu tidak berasas dan amat mengguris perasaan masyarakat Orang Asli seolah-olah dianggap kami ini masyarakat yang cuba mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini.

Tok batin bernamaBERNAMA  

“Kami melihatnya sebagai satu penghinaan bukan sahaja terhadap Tok Batin Asmmadi tetapi juga kepada seluruh institusi kebatinan, yang selama ini berperanan membantu masyarakat tanpa mengira kaum, terutama ketika berlaku kecemasan,” katanya lagi.

Terdahulu, satu video tular di TikTok mendakwa Jaslinda telah ‘disimpan’ oleh tok batin selama dua hingga tiga minggu dan mengeluarkan kenyataan berbaur jenaka yang mengaitkan tok batin tersebut dengan pendaki wanita berkenaan.

“Die gi lepak umah tok batin.. masalah nya tok batin simpan dia 2 minggu 3 minggu tu.., dia buat ape tok batin tu (gelak). Aku rasa kalau tak viral tu mau tok batin henyak kahwin dengan dia (gelak),” kata individu dalam video tersebut.

Wakil belia Orang Asli menggesa tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit kerana menjejaskan imej tok batin dan masyarakat Orang Asli.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-09 15:52:57

"Saya Balik Rumah, Tidur Dahulu, Yang Spekulasi Itu Semua 'Fitnah'" - Jaslinda

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA