Pelakon Jasmin Hamid yang baru-baru ini mengumumkan telah mendirikan rumah tangga bersama pengurus peribadinya ternyata telah mengejutkan peminat dan juga rakan artis.
Ini termasuklah usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida yang menyatakan rasa tersentuh hati dengan keikhlasan aktres itu mencari kebahagiaannya dengan cara yang tersendiri.
Ujar Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman,50, dia berasa terharu dengan perkahwinan serba sederhana antara Jasmin,47, dengan pasangannya Nazmir Abd Rahim yang berusia 35 tahun.
Ia sangat menyentuh hati. Saya terduduk dan termenung selepas membaca berita tentang Jasmin Hamid. Sekarang ni musim janda mengawan ke?
Terdahulu, Jasmin dan suami telah sah bergelar suami isteri kira-kira jam 3.30 petang di mana majlis pernikahan mereka hanya dihadiri keluarga pasangan ini yang tidak sampai 10 orang.
Jasmin difahamkan telah meminta sepersalinan kelengkapan ibadat, mas kahwin RM80 dan sejumlah wang hantaran yang dirahsiakan.
Vida sebelum ini telah menjadi perbualan hangat netizen berikutan kisah perkahwinan tak jadi antara dia dan bekas pembantu peribadinya, Iqbal akibat dihalang oleh anak-anak Vida.
Iqbal dan Vida kemudian membawa haluan hidup masing-masing setelah keduanya memutuskan hubungan cinta yang dijalinkan mereka sebelum ini.