“Tak Taruk Sticker Pun Salah Jantina Ke?” – Netizen Perli Neelofa Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’

Hiburan

“Tak Taruk Sticker Pun Salah Jantina Ke?” – Netizen Perli Neelofa Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’

Seperti yang kita tahu, pelakon jelita iaitu Elisya Sandha baru sahaja melahirkan cahaya mata pertama bersama suami tercinta, Uzair Haqimy yang juga merupakan anak kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly pada 19 June lalu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha binti Hassan dilihat tidak kekok untuk berkongsi wajah anak perempuannya, Bunga Elhaq untuk tatapan umum.

Advertisement

Baru-baru ini, pelakon itu turut berkongsi hantaran video memaparkan gelagat anaknya yang mendapat perhatian ramai dek kerana kecomelannya.

Malah, usahawan selebriti terkenal, Noor Neelofa turut tidak ketinggalan meninggalkan komen di video tersebut.

Cheeky boy masyaAllah,” tulis Neelofa.

Susulan itu, rata-rata netizen telah menegur Neelofa dengan memaklumkan bahawa anak Elisya yang berusia dua bulan itu adalah berjantina perempuan dan bukannya lelaki.

Dalam pada itu, Neelofa turut memohon maaf kepada Elisya atas kesilapannya kerana memanggil anaknya ‘boy‘.

Sorry mommy elisya, hehehe baby girl anak solehah ni – Neelofa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Neelofa suruh block akaun Diana
4 bulan lalu

"Block Si Diana Ni, Serabut" - Netizen Komen 'F' Buat Inai Lagi 'Best', Neelofa Suruh Suami Sekat Akaun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...