Tak Tahu Nak ‘Marathon’ Yang Mana Satu? Ini 10 Siri Netflix Paling Banyak Ditonton Minggu Ini

Hiburan

Tak Tahu Nak ‘Marathon’ Yang Mana Satu? Ini 10 Siri Netflix Paling Banyak Ditonton Minggu Ini

Netflix sememangnya menjadi pilihan korang yang suka menonton filem atau siri dari luar negara. Jadi harini, Team Nara akan kongsikan sepuluh siri yang sedang hangat di Netflix Malaysia.

10. Secret Royal Inspector & Joy

Advertisement

Secret Royal Inspector & Joy merupakan drama dari Korea Selatan yang mengisahkan tentang Ra Yi Eon, yang menjadi inspektor rahsia golongan diraja secara paksa dan Kim Jo Yi, seorang perempuan yang telah bercerai mencari kebahagiaan, bergabung dengan Yi Eon untuk merungkai perbuatan rasuah. Drama ini dilakonkan oleh Taecyeon 2PM dan Kim Hye Yoon.

9. Happiness

Lagi drama dari Korea Selatan mengisahkan tentang penduduk apartmen yang bekerjasama demi meneruskan kelangsungan hidup selepas suatu virus berbahaya tersebar di seluruh bandar. Drama ini dilakonkan oleh Park Hyung Sik, Han Hyo Joo dan Moon Ye Won.

8. Stranger Things

Siri dari Amerika Syarikat yang berlatar belakangkan tahun 1980, mengisahkan tentang sebuah pekan kecil yang membongkar misteri satu eksperimen rahsia, kuasa ghaib dan seorang budak perempuan aneh. Siri ini mempunyai barisan pelakon terkenal seperti Winona Ryder, Millie Bobby Brown dan Finn Wolfhard.

7. Business Proposal

Drama yang dibintangi Ahn Hyo-Seop, Kim Se-Jeong dan Kim Min-Gue yang menceritakan tentang Ha-Ri menyamar sebagai kawannya dan hadiri janji temu untuk menakutkan pasangannya. Rancangan gagal apabila lelaki itu ialah CEOnya.

6. Spy X Family

Sebuah animasi dari Jepun tentang seorang perisik, pembunuh upahan dan pakar telepati berpura-pura menjadi sebuah keluarga atas sebab masing-masing sambil menyorokkan identiti daripada satu sama lain.

5. Who Rules The World

Drama fantasi tentang cinta berputik antara putera kesayangan rakyat dengan puteri yang berani ketika meneroka dunia seni mempertahankan diri yang penuh konflik demi memperjuangkan keadilan. Drama ini dibintangi oleh Yang Yang, Zhao Lusi dan Zhang Fengyi.

4. Our Blues

Untuk penonton yang meminati drama cinta dan kehidupan, Our Blues semestinya drama yang perlu ditonton kerana ianya penuh dengan pahit manis percintaan, dan kehidupan yang penuh dengan pasang surut. Turut membariskan pelakon-pelakon yang terkenal dari Korea Selatan seperti  Lee Byung-Hun, Shin Min-A dan Cha Seung-Won.

3. My Liberation Notes

Menceritakan tentang tiga beradik yang  jemu dengan kehidupan seharian sebagai orang dewasa mencari kepuasan dan kebebasan daripada kehidupan mereka yang biasa-biasa. Lakonan Lee Min-Ki, Kim Ji-Won dan Son Suk-Ku.

2. Tomorrow

Drama yang menceritakan tentang manusia yang menjadi separa roh tanpa sengaja, dia diambil kerja oleh sebuah syarikat malaikat maut di alam ghaib untuk menjalankan misi istimewa. Dilakonkan oleh Kim Hee-Seon, Rowoon serta Lee Soo-Hyuk.

1. Stranger Things 4

Musim baru yang dinanti-nantikan oleh peminat dan pengikut siri Stranger Things. Siri terkenal ini masih lagi dibintangi oleh pelakon dari musim pertama seperti Winona Ryder, Gaten Matarazzo dan Millie Bobby Brown.

Don't Look Up Netflix
2 years ago

Menjadi Pilihan Ramai Ketika Ini, 'Don't Look Up' Filem Sindiran Hebat Di Netflix

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Netflix

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...