Menjadi Pilihan Ramai Ketika Ini, ‘Don’t Look Up’ Filem Sindiran Hebat Di Netflix

Hiburan

Menjadi Pilihan Ramai Ketika Ini, ‘Don’t Look Up’ Filem Sindiran Hebat Di Netflix

Filem arahan Adam Mckay, Don’t Look Up yang baru sahaja disiarkan di platform penstriman popular iaitu Netflix pada 24 Disember lalu telah mendapat tangga teratas sebagai filem yang distrim serata dunia.

Barisan pelakon hebat-hebat seperti Leonardo DiCaprio, Jennifer Lawrence, Jonah Hill, Meryl Streep dan Cate Blanchett telah membuat filem ini sebagai satu ‘sindiran’ yang berkesan bagi menggambarkan keadaan masyarakat kita hari ini.

Advertisement
Don't Look Up NetflixSumber : Google 

Don’t Look Up ini bermula seperti filem bencana yang lain. Seorang pelajar PhD muda, Kate Dibiasky (Jennifer Lawrence) sedang memantau kelangit lalu mengesan komet. Teruja dengan penemuannya itu, dia memberitahu profesornya Dr. Randall Mindy (Leonardo Dicaprio) dan rakan sebayanya. Akan tetapi komet penemuannya itu sedang menuju ke Bumi dan mereka hanya mempunyai tempoh enam bulan sebelum berlakunya bencana besar.

Lain dari filem bencana yang lain, dalam Don’t Look Up amaran bencana besar bakal berlaku di Bumi daripada Kate dan Dr. Randall tidak dihiraukan. Presiden Amerika Syarikat (Meryl Streep) lebih berminat untuk bertanding dalam pilihan raya. Pihak media pula, diwakili oleh rancangan pagi, The Daily Rip dimana pengacaranya ialah Brie (Cate Blanchett) dan Jack (Tyler Perry) lebih berminat untuk mencipta sensasi dari menyampaikan maklumat.

Don't Look Up NetflixSumber : Google 

Adam Mckay menulis filem ini dengan mengambil kira perubahan iklim yang berlaku sejak beberapa tahun lalu. Sementara itu pula, wabak yang paling ditakuti ramai muncul dan semua yang ditulis sedikit sebanyak relate dengan kehidupan masyarakat sekarang ini.

Filem ini menyuarakan banyak perkara yang kita semua lalui selama dua tahun wabak ini muncul. Ahli politik yang tidak terkesan kerana terlalu mementingkan kerjaya mereka, penafian bukti yang ditemui pakar oleh mereka yang tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang yang saintifik serta masyarakat yang terlalu sibuk dengan gosip selebriti dan hiburan.

Don't Look Up NetflixSumber : Google 

Dengan barisan pelakon yang hebat, lakonan di dalam filem Don’t Look Up ini boleh dikatakan sudah cukup sempurna. Tetapi selain dari politik, perubahan iklim dan pandemik global terjadi yang diceritakan dalam filem ini, banyak lagi hal-hal lain diketengahkan oleh Adam Mckay.

Boleh dikatakan filem ini memerlukan penonton berfikir secara mendalam supaya lebih memahami jalan cerita ini dengan senang. Jadi pada siapa-siapa yang lebih menyukai filem yang senang untuk difahami, penulis sarankan anda fikir 2, 3, 4 kali untuk tonton..

Apa-apa pun, bagi penulis, filem ini tersangatlah best! Sebab penulis suka filem-filem bencana, tetapi Don’t Look Up ini memang lain dari filem bencana yang lain.

House Of Secrets: The Burari Deaths
2 years ago

Pembunuhan Atau Sebaliknya? Dokumentari 'The Burari Deaths' Cetus Fenomena Di Netflix

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...