“Tak Tahu Malu, Kata Diri Difitnah Konon! Aku Akan Buktikan” – Tak Diam Diri, Cef Wan Balas Balik

Hiburan

“Tak Tahu Malu, Kata Diri Difitnah Konon! Aku Akan Buktikan” – Tak Diam Diri, Cef Wan Balas Balik

Sejak semalam kecoh diperkatakan apabila Cef Wan menerima surat saman berjumlah RM1 juta daripada bekas menantu, Shikin Maembong.

Advertisement

Menurut cef selebriti ini, beliau dituntut saman malu berpunca daripada tegurannya secara terbuka di laman Instagram beberapa bulan yang lalu.

Tambahan lagi, Cef Wan mendakwa selama ini dirinya telah banyak berkorban termasuk menanggung kos majlis perkahwinan anak lelakinya namun disangkal oleh bekas menantunya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Terbaru, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail mendakwa penjelasan bekas menantunya itu yang juga merupakan kakak kepada Emma Maembong adalah tidak benar.

Kata cef selebriti terkenal tersebut, dia mempunyai saksi yang ikut sama ketika membantunya menguruskan majlis perkahwinan itu dan membayar dengan wangnya sendiri.

Satu dunia tahu my generosity and kindnessI will proof apa yang di canang kan satu dunia kononnya fitnah kita tengok siapa bakar siapa nanti.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu anaknya sendiri mengaku tidak mempunyai duit untuk berkahwin ketika itu, jadi Cef Wan mengambil keputusan untuk tanggung semuanya.

Kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

Syikin Maembong saman Chef Wan
2 years ago

"Fitnah! Saya Kahwin Pakai Duit Sendiri” - Isu Saman 1 Juta, Bekas Menantu Balas Tuduhan Cef Wan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...