“Fitnah! Saya Kahwin Pakai Duit Sendiri” – Isu Saman 1 Juta, Bekas Menantu Balas Tuduhan Cef Wan

Hiburan

“Fitnah! Saya Kahwin Pakai Duit Sendiri” – Isu Saman 1 Juta, Bekas Menantu Balas Tuduhan Cef Wan

Baru-baru ini, muncul satu isu dimana cef selebriti terkenal, Cef Wan berasa terkilan apabila mendapat surat saman daripada bekas menantunya iaitu Syikin Maembong.

Difahamkan melalui hantaran yang dibuat oleh beliau, surat tuntutan saman itu telah dihantar atas sebab untuk menuntut saman malu berpunca daripada teguran secara terbukanya mengenai perbalahan Syikin dengan bekas suaminya, Nadzri tentang hal anak.

Advertisement

Dalam pada itu, Cef Wan turut tidak menyangka akan diperlakukan seperti itu setelah mendakwa dirinya banyak bantu Syikin ketika wanita itu perlukan bantuan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Kau lupa ke jasa-jasa aku bersusah payah kahwinkan kau berdua guna duit saya 100 peratus?

Melihat di laman Instagram Syikin pula, dia kelihatan seperti tenang dengan situasi yang berlaku kerana masih boleh memuat naik foto bersama anaknya tetapi akibat menerima terlalu banyak kecaman dari warganet, dia memberi respon atas dakwaan bekas bapa mentuanya itu.

Beliau tampil bersuara kerana ingin membersihkan namanya biarpun dia tidak suka menceritakan hal peribadi dalam media sosial.

Masa kahwin dengan bekas suami 100% duit sendiri, apa yang dia post itu semua fitnah.

Syikin mengatakan dakwaan yang dibuat oleh Cef Wan ada berbaur fitnah kerana dia tidak menggunakan satu sen pun duit bekas bapa mentuanya itu dan gunakan sepenuhnya duit perniagaan bersama bekas suami untuk majlis perkahwinan mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Saya Hanya Tahu Kewujudan Jenama Yang Diperkatakan Itu Selepas Lancar Teaser Di IG" - Sharifah Rose

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...