Pelakon baru Sharifah Rose mencetuskan kontroversi dan menerima kritikan hebat netizen di media sosial sejak dia mengumumkan perniagaan barunya.
Seorang netizen telah mendakwa Rose meniru nama serta reka bentuk jenamanya, Sekuntom.
BACA: “Nama Sama Ejaan je Lain”- Bisnes Baru Sharifah Rose ‘Ciplak’ Jenama Tempatan?
Selepas berdiam diri beberapa hari, pelakon drama Kekasih Mr Bodyguard itu akhirnya bersuara dan memberikan penjelasan tentang isu berkenaan.
Menerusi Instagram, Rose berkata sebagai seorang pendatang baru, dia akui banyak benda perlu dipelajarinya dan sentiasa memperbaiki kekurangan diri.
Dia juga akui tidak tahu tentang jenama tempatan tersebut sebelum melancarkan teaser di Instagram.
Pada awal mula pemilihan nama untuk syarikat kajian sudah pasti dijalankan. Cuma saya hanya tahu kewujudan jenama yang diperkatakan itu bersama dengan jenama Rose selepas melancarkan teaser di IG.”
Jelasnya lagi, pemilihan nama Sekuntum itu adalah kerana ia sangat dekat dengannya kerana dirinya dipanggil dengan gelaran itu oleh keluarga.
Anonymous
February 23, 2022 at 12:18 pm
kalau dah buat research mesti ada jumpa nama yang seakan2 tu..xkan la nama n design main sauk je dikk
tecit
February 21, 2022 at 8:57 am
kesiannye la. just sbb name die dikenali so bile die gune name yg sangat umum kpd malaysian, die kene beralah plak. mslhnye name2 syarikat2 ni terlalu umum xleh la nk gazetkan utk die sorg je.
Mat Aussien
February 21, 2022 at 9:57 am
sebab dia artis femes kena bagi dia chance gitu?
ni problem melayu buat bizniz.
tak nak daftar nama syarikat.
pastu retis pulak main sauk je. pastu buat acah2 tak tau nama dgn design tu wujud.
mcm biasa, melayu tindas melayu