Tak Tahu Jenama Foundation Apa Yang Sesuai Untuk Kulit? Ini Antara Produk Foundation Terbaik Untuk Wanita Malaysia

Gaya Hidup

Tak Tahu Jenama Foundation Apa Yang Sesuai Untuk Kulit? Ini Antara Produk Foundation Terbaik Untuk Wanita Malaysia

Foundation sememangnya barang makeup yang penting untuk wanita menutup cela di muka.

Jadi tidak hairanlah bagi kalangan wanita di luar sana mencari foundation terbaik untuk kulit wajah supaya tampil cantik dan tidak kusam.

Advertisement

Berikut adalah jenama foundation terbaik yang boleh dicuba bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan brand yang patut dipilih.

5. Revlon ColorStay

Khas untuk kulit berminyak, Revlon Colorstay menawarkan sebanyak 22 tona warna dan mempunyai technology release time yang membuatkan kulit kekal segar dan bersinar bagi jenis kulit yang agak berminyak.

4. La Shaz Foundation

Merupakan foundation keluaran tempatan, La Shaz Foundation mempunyai tekstur yang ringan dan lembut apabila diletakkan pada kulit wajah. Terdapat kandungan SPF 40 dan mempunyai bahan anti penuaan, produk ini sesuai untuk kegunaan harian dan yang paling penting ia juga mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

3. Simplysiti Liquid Foundation

Jenama yang diasaskan oleh penyanyi terkenal tanah air iaitu Dato’ Sri Hajah Siti Nurhaliza ini menawarkan foundation yang memberikan kesan fresh dan natural buat pengguna. Mempunyai SPF 25, pengguna tidak perlu risau dengan sinaran UV dan sentiasa tampil dengan wajah yang licin dan berseri.

2. Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation

Mempunyai bahan terkandung seperti micro powder yang membuatkan foundation kelihatan tidak berminyak, produk daripada Maybelline ini turut mempunyai formula non-comedogenic yang tidak menyebabkan liang pori tersumbat walaupun menutup liang pori buat si pemakai. Selain itu, Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation juga mempunyai pilihan yang banyak dari segi tona warna kulit.

1. Elianto Whitening Stick Foundation

Direka dalam bentuk stick bagi memudahkan untuk dipakai ketika sedang sibuk, Ellianto Whitening Stick Foundation mempunyai kandungan SPF 60 untuk melindungi kulit daripada aktiviti luar dan formula yang tidak melekit buatkan pemakai berasa lebih selesa ketika berada di luar.

Jadi, boleh pilih yang mana sesuai untuk kulit masing-masing okay...

2 years ago

Kafe Berasaskan Kopi Dah 'Cliche'? Ini 5 Kafe Yang Berunsurkan Matcha Untuk Teh Hijau 'Lover'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...