Kafe Berasaskan Kopi Dah ‘Cliche’? Ini 5 Kafe Yang Berunsurkan Matcha Untuk Teh Hijau ‘Lover’

Makanan

Kafe Berasaskan Kopi Dah ‘Cliche’? Ini 5 Kafe Yang Berunsurkan Matcha Untuk Teh Hijau ‘Lover’

Untuk penggemar kafe, pastinya korang suka nak ‘explore’ kafe-kafe yang menarik sama ada untuk lepak dengan kawan-kawan ataupun mencari tempat ‘aesthetic’ untuk gambar Instagram.

Tapi kafe selalunya sangat ‘common’ dengan kopi, jadi harini, mari kita ‘explore‘ kafe yang bertemakan matcha untuk penggemar-penggemar teh hijau di luar sana.

Advertisement

5. The Tokyo Restaurant

Restoran ini terkenal dengan Matcha Cheesecake yang kurang manis, gabungan rasa keju dan teh hijau yang seimbang membuatkan ia penuh dengan perisa. Selain itu, ada juga Matcha Meringue Roll untuk pelanggan yang kurang gemar dengan kek. Restoran ini terletak di Jalan Sultan Ismail, Lot 10 Shopping Center.

4. Maccha Iki

Maccha Iki menyediakan segalanya yang berunsurkan matcha, seperti aiskrim, mochi, minuman berais serta kek crepe. Bagi peminat kek, bolehlah cuba Matcha Mille Crepe atau Matcha Swiss Roll kerana kedua-duanya kaya dengan rasa krim teh hijau yang seimbang rasa manisnya. Selain itu, restoran ini juga menyediakan minuman ‘signature‘ mereka iaitu Iki Matcha Blended yang korang mesti cuba. Kafe ini mempunyai cawangan di EkoCheras Mall dan Pandan Indah.

3. Kakiyuki

Kakiyuki terkenal dengan Kakigori Confection. Kakigori merupakan pencuci mulut seperti aiskrim yang cair di dalam mulut. Selain itu, ada juga set Classic Matcha yang terdiri daripada semua hidangan berunsur matcha sesuai untuk dicuba oleh pelanggan baru yang datang ke kafe ini. Kakiyuki mempunyai cawangan di Taman Paramount, The Gardens Mall, Pavilion Kuala Lumpur, 163 Retail Park dan Cheras Business Centre.

2. Oh Cha Matcha

Kafe Oh Cha Matcha mempunyai ciri-ciri aesthetic dengan tona warna merah jambu dan hijau muda yang menghiasi suasana kafe. Selain mempunyai suasana yang menyenangkan, Oh Cha Matcha menyediakan minuman berunsur matcha tanpa gula dan pelanggan juga boleh memilih susu yang digunakan dalam minuman mengikut citarasa masing-masing seperti susu soya, badam, oat dan kacang gajus. Mereka juga menyediakan minuman yang berasaskan kesihatan yang mengandungi kollagen. Oh Cha Matcha boleh dijumpai di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

1. Niko Neko Matcha

 

Bagi yang ‘craving’ dengan minuman teh hijau matcha, Niko Neko sememangnya tempat yang sangat sesuai untuk dilawati kerana rasa minumannya yang kaya dengan rasa teh hijau. Niko Neko Matcha juga menyediakan matcha burnt cheesecake bagi penggemar kek teh hijau. Niko Neko Matcha terletak di Bangsar dan juga Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.

Jadi apa tunggu lagi guys, bolehlah pergi dan cuba sendiri…

tips tudung on-point
6 bulan lalu

Stress Tudung Tak 'On-Point' Masa Keluar Berjalan? Ini 5 Tips Penting Yang Boleh Hijabis 'Follow'!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...