Stress Tudung Tak ‘On-Point’ Masa Keluar Berjalan? Ini 5 Tips Penting Yang Boleh Hijabis ‘Follow’!

Kehidupan

Stress Tudung Tak ‘On-Point’ Masa Keluar Berjalan? Ini 5 Tips Penting Yang Boleh Hijabis ‘Follow’!

Pada sesiapa yang memakai hijab pasti ada ketika berasa geram apabila tudung yang di pakai tidak mengikuti kata ataupun boleh dikatakan tidak ‘on-point’.

Kali ini kami akan kongsikan tips untuk kekalkan tudung yang dipakai kekal ‘on-point’ sepanjang hari dan terbentuk seperti apa yang kita bayangkan.

Advertisement

Ini antara tips-tips yang boleh ada gunakan sama ada anda memakai tudung shawl ataupun tudung bawal!

1. Hair spray.

tips tudung on-pointSumber : Google  

Mesti ramai yang tertanya kenapa perlu memakai hair spray biarpun berhijab bukan? Kalau anda nak tahu, hair spray mampu membuatkan tudung yang dipakai mempunyai tekstur, sama ada shawl, mahupun bawal.

Selalunya semburan hair spray akan disemburkan pada jenis tudung yang sangat lembut dan licin seperti satin silk.

2. Hijab spray.

https://beautifulnara.com/video-aku-respect-kau-bro-nampak-pekerja-bawa-anak-ke-tempat-kerja-netizen-puji-majikan/Sumber : Google  

Fungsinya sama seperti hair spray tapi ia lebih ‘mesra’ untuk dipakai oleh hijabis di luar sana. Sebab hijab spray lebih sesuai kerana kandungan spray ini lebih khusus untuk hijab yang dipakai.

3. Cara menggosok tudung dengan betul.

tips tudung on-pointSumber : Google  

 

Tips ini anda perlu lebih mengambil perhatian kerana jika salah gosok, tudung akan tidak akan ‘mendengar kata’ sepanjang anda berjalan-jalan. Bagi tudung bawal, tiga perkara anda perlu lakukan adalah gosok semua bahagian, lipat tiga segi dan gosok semua bahagian kecuali di bahagian awning.

Bagi tudung shawl pula, semua bahagian tidak mempunyai masalah jika ingin digosok. Tetapi perkara penting yang perlu diingati adalah suhu seterika anda ketika itu kerana bimbang akan terbakar jika terlalu panas.

4. Pemilihan inner tudung.

tips tudung on-pointSumber : Google  

Hijabis perlulah memilih yang lembut dan selesa untuk dipakai. Selain itu, inner berkenaan tidak boleh terlalu ketat ataupun longgar kerana anak tudung boleh menjadi punca utama tudung yang dipakai bergerak-gerak.

Anda yang memakai hijab perlulah pandai memilih inner yang sesuai agar boleh tampil bergaya dan kemas sepanjang hari!

5. Memakai sanggul rambut/scrunchies.

tips tudung on-pointSumber : Google  

Kebanyakkan sekarang ini hijabis memilih untuk memakai scrunchies kerana mahukan volume di bahagian sanggul apabila memakai tudung. Kalau boleh scrunchies yang anda pakai tidak terlalu tebal, berat ataupun tinggi kerana tudung yang dipakai akan kelihatan pelik jika sanggul tersebut terlalu besar dan tinggi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

pekerja
6 bulan lalu

(VIDEO) "Aku Respect Kau Bro" - Nampak Pekerja Bawa Anak Ke Tempat Kerja, Netizen Puji Majikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...