Selepas nama penyanyi rap perempuan, Bunga Isme dikaitkan dengan perpisahan penyanyi Ismail Izzani dan Shalma Eliana. Penyanyi Amzar Sabri meminta netizen agar berhenti menuduh kekasihnya itu.
Menurut Amzar, dia kesal apabila Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari dikaitkan dengan situasi berkenaan sehingga menjadi buah mulut dan kecaman orang.
Penyanyi lagu Merajuk itu berharap mereka yang menyebarkan cerita palsu agar segera memadam perkongsian berkaitan.
Kepada netizen di luar sana tolonglah jangan buat berita yang palsu tentang Ismail Izzani dengan Shalma Eliana itu, itu hal dia orang.
Amzar menjelaskan bahawa dia tidak marah kerana sebenarnya ini perkara kecil. Namun, menasihati agar sesiapa yang menyebarkan fitnah itu untuk berfikir dengan baik sebab kita ini tak lama hidup, kalau tak sempat nak minta maaf nanti, jawabnya dekat padang Mahsyar.
Kejadian yang orang nampak itu, memang dia ada dekat situ, tetapi saya pun ada di situ. Jadi saya harap orang padam dan lupakan cerita itu, sebelum benda itu jadi rumit. Benda ini sangat simple.
Terdahulu, Bunga yang popular dengan lagu Intan Payung tampil menafikan dirinya menjadi punca putusnya hubungan pasangan selebriti tersebut dan berharap netizen tidak menyebarkan fitnah.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.