Bunga Isme Sedih Difitnah Sebagai ‘Orang Ketiga’, Punca Ismail Izzani Dan Shalma Putus

Hiburan

Bunga Isme Sedih Difitnah Sebagai ‘Orang Ketiga’, Punca Ismail Izzani Dan Shalma Putus

Secara tiba-tiba, nama penyanyi rap perempuan iaitu Bunga Isme dikaitkan sebagai punca putusnya hubungan pasangan selebriti penyanyi Ismail Izzani dan Shalma Eliana baru-baru ini.

Bunga Isme
3 years ago

"Jangan Sebarkan Fitnah.." Bunga Isme Nafi Jadi Orang Ketiga Antara Ismail Izzani Dan Shalma

Advertisement

Namun, Bunga Isme atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari menafikan hal tersebut dan mengakui berasa terkilan apabila namanya disebut oleh netizen hingga terjadinya fitnah ini.

Saya cuba jaga imej saya dengan baik. Saya menangis tertanya-tanya kenapa orang tuduh saya macam ni?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Ayu Fatini @ Bunga (@bungaisme)

Sebelum ini, tular di platform media sosial, Twitter dimana terdapat satu ciapan yang dibuat oleh seorang pengguna yang mendakwa Ismail pernah berlaku curang dengan seorang wanita bertudung tidak lama dahulu.

Gara-gara ciapan yang dibuat oleh seorang pengguna itu, ada pula pihak lain yang mengaitkan penyanyi lagu Intan Payung ini sebagai wanita bertudung tersebut.

Bunga Isme, Ismail Izzani, Shalma Eliana

Dalam pada itu, Bunga Isme turut berkata kepada pihak mStar bahawa dia tidak mahu kerana gosip seperti ini, ia akan menganggu kerjaya dan juga namanya serta takut jikalau ada yang mempercayai fitnah ini bulat-bulat.

Terdahulu, Ismail Izzani mendedahkan hubungan percintaan dirinya serta kekasih hati yang juga seorang penyanyi, Shalma Elianna sudah pun berakhir.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...