“Jangan Sebarkan Fitnah..” Bunga Isme Nafi Jadi Orang Ketiga Antara Ismail Izzani Dan Shalma

Hiburan

“Jangan Sebarkan Fitnah..” Bunga Isme Nafi Jadi Orang Ketiga Antara Ismail Izzani Dan Shalma

Penyanyi rap wanita, Bunga Isme tampil menafikan dirinya adalah orang ketiga dan menjadi punca putusnya hubungan kasih antara penyanyi Ismail Izzanin dan Shalma Eliana.

Shalma Ismail Izzani
2 years ago

"Saya Buat Silap.." Hubungan Cinta Ismail Izzani Dan Shalma Eliana Dah Berakhir

Advertisement

Jelas Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari, dakwaan yang tular di media sosial itu adalah fitnah semata-mata.

Sehubungan itu, dia berharap agar tiada pihak sewenang-wenangnya menyebarkan berita tidak benar dengan mengaitkan dirinya dengan perhubungan kekasih selebriti itu.

 

“Jawapannya, bukan aku. Jangan sebarkan fitnah.” twit Bunga ringkas di ruangan Twitter miliknya, baru-baru ini.

Terdahulu, Ismail Izzani yang ditemu bual rancangan hiburan terkenal Melodi memaklumkan bahawa dia kini sudah putus dengan kekasihnya, penyanyi dan pelakon Shalma Eliana.

Masih berkawan baik dengan Shalma, Ismail berkata dia ada melakukan ‘kesilapan’ namun enggan mendedahkan mengenai punca hubungan antara mereka berakhir.

Tular di Twitter mengenai berita perpisahan itu apabila seorang pengguna aplikasi media sosial berkenaan telah menulis kenyataan bahawa Ismail Izzani telah berlaku curang dengan seorang penyanyi wanita yang dipercaya Bunga Isme.

“Bagus la pun break (putus cinta), kan awak (merujuk Ismail) curang di Starbucks Great Eastern Mall berpeluk dengan ‘minah’ tudung kesukaan ramai itu.” tulis netizen tersebut.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...