“Saya Buat Silap..” Hubungan Cinta Ismail Izzani Dan Shalma Eliana Dah Berakhir

Hiburan

“Saya Buat Silap..” Hubungan Cinta Ismail Izzani Dan Shalma Eliana Dah Berakhir

Penyanyi dan juga pelakon, Ismail Izzani memaklumkan bahawa hubungan cinta antara dia dan penyanyi Shalma Eliana kini sudah berakhir.

Shalma Eliana dan Ismail Izzani
11 bulan lalu

"Shalma Akan Sambung Belajar Di Luar Negara.." Ismail Izzani Hadiahkan Cincin Berlian Sebagai Tanda Cinta

Advertisement

Perkara tersebut dimaklumkan Ismail Izzani menerusi sebuah temu bual bersama program hiburan popular Melodi di mana dia memaklumkan bahawa mereka berdua sudah pun membawa haluan masing-masing.

Namun begitu, Ismail dan Shalma masih bersahabat baik meskipun telah memutuskan hubungan cinta yang terjalin sekian lama di usia yang masih muda.

Advertisement

Ya memang benar hubungan saya dengan Shalma Eliana dah putus. Kami memilih untuk membuat haluan masing-masing. Saya pun ada banyak lagi perkara yang saya nak explore dan lalui. Begitu juga dengan Eliana.

Ditanyakan mengenai sebab perhubungan tersebut berakhir, Ismail memberitahu bahawa dirinya ada membuat ‘kesilapan’ sehingga terjadinya perkara sedemikian.

Apa yang boleh saya katakan, saya ada buat silap. I’m messed up. Pada masa sama juga, saya tidak mahu cakap yang saya akan belajar daripada kesilapan saya kerana fokus saya ketika ini adalah untuk diri saya, keluarga dan orang-orang di sekeliling yang banyak bagi semangat.

Manakala bagi Shalma, perpisahan itu telah mengajarnya mengenai banyak perkara memandangkan keduanya masih muda.

Malah, cincin berlian yang pernah diberikan Ismail bekas kekasihnya itu sudah tidak lagi bersamanya kerana dia dan Ismail telah sepakat untuk membuangnya dalam sungai.

“Semasa kami di sungai, saya cakap dengan Eliana, apa kita buang je cincin ni. Itu adalah momennya. Meskipun ia merupakan detik yang sukar, namun saya rasa itu juga merupakan perkara yang terbaik untuk Eliana.” jelasnya mengakhiri temubual.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

6 Comments

  1. Nak cari berlian

    November 6, 2021 at 12:00 pm

    Kat mana sungai tu . Nak cari?

  2. Nurul Nabila Shahira binti mamat

    November 3, 2021 at 10:30 am

    Kok bisa

  3. Yoyo

    November 2, 2021 at 10:16 am

    Mamat playboy ni. Ex gf semua lawa2. Duku sharifah rose pun sama buat hal curang byk kali. Msalahnye x hensem pon haihhhh

  4. Propa

    November 2, 2021 at 9:45 am

    Daripada kau buang cincin dalam sungai, lebih baik kau jual gadai lepas tu duit tu kau pakai derma.

    • Anonymous

      November 2, 2021 at 9:51 am

      kita positif je laaa awakkk…. mungkin tu cincin tikam 50sen…
      tu senang2 buang kt sungei…
      kang g kedai pajak gadai… kantoi fake…

    • Anonymous

      November 2, 2021 at 10:44 am

      bagi laa kat mkcik cik ooi.. buang buat pa dlm sngai.. klu gadai boleh jgk duit.. tu laa.. hingus meleleh lg nk bercinta dah.. xpa muda lagi ank ooi..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...