Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Shalma Akan Sambung Belajar Di Luar Negara..” Ismail Izzani Hadiahkan Cincin Berlian Sebagai Tanda Cinta

Shalma Eliana dan Ismail Izzani

Rasanya semua sedia maklum mengenai hubungan cinta yang terjalin antara penyanyi Ismail Izzani,20 dan juga artis baru Shalma Eliana. Difahamkan, Shalma bakal melanjutkan pelajaran di luar negara selama dua tahun dan  sudah pasti sesebuah hubungan cinta secara jarak jauh tidak mudah untuk dilalui mana-mana pasangan kekasih.

Ismail Izzani dan Shalma Eliana

Advertisement

Bakal berpisah, Ismail dilihat telah memberi kejutan dan hadiah istimewa buat kekasihnya itu iaitu sebentuk cincin berlian sebagai tanda ‘janji setia’ terhadap hubungan mereka.

Meskipun begitu, pasangan muda ini menafikan bahawa mereka sudah bertunang dan hadiah cincin tersebut hanyalah sebagai ‘cincin tanda’ janji setia antara mereka berdua.

Cincin tanda Ismail Izzani kepada Shalma

“Jangan salah anggap. Dia (Shalma Eliana) akan bertolak ke luar negara untuk sambung belajar selama dua tahun. Saya beri cincin ini sebagai tanda cinta kami sahaja. Kami belum lagi bertunang.Insyallah satu hari nanti masanya akan sampai. Terima kasih atas dia kalian.”

Advertisement

Terdahulu, perkara itu dikongsikan oleh ibu kepada Ismail Izzani iaitu Datin Suliza Salam menerusi akaun Instagramnnya pada hari Sabtu yang lalu. Dia dan anaknya itu bersama Shalma dilihat sedang menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran di ibu kota.

Ismail Izzani bersama ibu

Menyifatkan makan malam itu sebagai sesuatu yang istimewa, ibu dan anak itu dilihat erat bersama sebagai sebuah keluarga kerana jarang meluangkan masa bersama disebabkan kekangan kerja.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top