“Tak Suka Tutup IG” – Kak KM Beli Banglo RM5 Juta, Tak Faham Ada Netizen Yang Tak Puas Hati

Hiburan

“Tak Suka Tutup IG” – Kak KM Beli Banglo RM5 Juta, Tak Faham Ada Netizen Yang Tak Puas Hati

Meskipun dihujani dengan pelbagai kontroversi dan gosip mengenai dirinya, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri, Liana Rosli nampaknya sekali lagi dikecam apabila dia dikatakan menunjuk-nunjuk kekayaannya di media sosial.

Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM ini khabaranya telah berjaya membeli sebuah rumah lot banglo yang bernilai RM5 juta.

Advertisement

Enggan ‘ambil pusing’ dengan kata cacian netizen, Kak KM berkata apa yang dikongsi itu hanyalah sebagai inspirasi kepada orang ramai untuk lebih berjaya dalam kehidupan.

Jelasnya lagi, kalau tidak suka dengan apa yang ditunjukkan, dia menyarankan agar netizen tutup sahaja Instagram dan tidak perlu tengok lagi segala perkembangan mengenai dirinya.

Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup sahaja media sosial. Sejujurnya saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi..

Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong saja.

Kak KM yang ditemui mStar Online memberitahu bahawa dia sudah lali dengan kecaman yang dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.

Bercerita mengenai banglo mewah yang dibelinya itu, dia memaklumkan bahawa pembelian rumah serta tanah bernilai jutaan ringgit itu sudah dilakukan sejak tahun lalu dan baru sahaja menerima kunci secara rasmi pada Ahad lalu.

Dia juga bercadang untuk meruntuhkan rumah tersebut dan membina rumah baharu kerana tidak suka tinggal di tempat yang pernah didiami orang lain sebelum ini.

kak km biarkan anak hisap rokok
2 years ago

"Supaya Dia Ada Pengalaman.." - Biarkan Anak Hisap Rokok Daun, Kak KM Tak Kisah Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...