“Tak Suka, Tak Payah Tengok” – Ikmal Amry Anggap Adegan ‘Panas’ Filem Pulau Tak Perlu Jadi Bahan Sensasi

Hiburan

“Tak Suka, Tak Payah Tengok” – Ikmal Amry Anggap Adegan ‘Panas’ Filem Pulau Tak Perlu Jadi Bahan Sensasi

Walaupun belum ditayangkan di pawagam, filem Pulau sudah pun menjadi bualan ramai kerana tular beberapa babak ‘panas’ yang kurang sesuai untuk ditayangkan di pawagam Malaysia.

Susulan isu terbabit, salah seorang pelakon filem itu iaitu Ikmal Amry menyerahkan segalanya kepada penonton untuk membuat penilaian sendiri mengenai filem seram itu.

Advertisement

Menurut Ikmal atau nama sebenarnya, Mohd Zulikmal Amry Ghazali, perkara itu tidak perlu pun diperbesarkan dan penonton ada hak untuk tidak menonton filem berkenaan di pawagam jika tidak setuju babak ‘panas’ terbabit ada di dalam filem tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Tak suka tak perlu tengok. Setiap filem pasti ada cara promosi mereka sendiri dan memanglah perlu nampak gempak supaya ramai penonton.

Dalam pada masa yang sama, pelakon terbabit turut tahu batasnya ketika melakonkan beberapa babak dalam filem Pulau dan babaknya menayang badan tidak perlu dijadikan bahan sensasi.

Sekadar info, kebanyakkan netizen serta beberapa pihak menyuarakan pendapat mengenai kebenaran tayangan filem tersebut ditayangkan di pawagam kerana aksi keterlaluan dianggap tidak sesuai untuk masyarakat Malaysia.

PU Syed
1 year ago

"Sangat Teruk!" - PU Syed Mohon FINAS Tapis Filem Pulau, Banyak Adegan Dan Pemakaian Terlalu Seksi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...