“Sangat Teruk!” – PU Syed Mohon FINAS Tapis Filem Pulau, Banyak Adegan Dan Pemakaian Terlalu Seksi

Hiburan

“Sangat Teruk!” – PU Syed Mohon FINAS Tapis Filem Pulau, Banyak Adegan Dan Pemakaian Terlalu Seksi

Pencetus Ummah (PU) Syed di Instagram baru-baru ini dilihat ada menggesa pihak Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk melaksanakan penapisan yang sewajarnya terhadap sebuah filem berjudul Pulau yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Filem thriller arahan Euho terbitan My Way Pictures ini menurut PU Syed mempunyai adegan melampau selain gaya pemakaian pelakon terutamanya aktres wanita yang terlalu menjolok mata.

Advertisement

Mohon pihak FINAS tapis-setapisnya filem ini yang banyak adegan dan gaya pemakaian yang sangat mencolok mata dan tak sesuai ditayangkan khas buat umat Islam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan hujah PU Syed itu munasabah dan ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana ramai pelakon Islam turut berlakon dalam filem berkenaan.

Sorry to say aku tak tengok filem-filem Malaysia. Tapi kalau gini punya filem, baik buat filem porno je.

Setuju, artis dan pengarah filem yang terlalu obses dengan watak tapi tak nak obses dengan ajaran agama dan perintah Allah. Jangan tapis, haramkan terus.

Sekadar info, filem Pulau bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Mac ini dan ia turut menampilkan pelakon seperti Amelia Handerson, Alif Satar, Ikmal Amry, Sabronzo, Harris Anuar, Pui Yi, Sanjna Suri, Joey Leong, Mark O’Dea, Ms Puiyi dan ramai lagi.

Neelofa
1 year ago

"Urut Dada Tengok" - Gaya Penampilan Neelofa Di Sebuah Majlis Jadi Pertikaian Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...