Tak Sombong Selepas Terima Gelaran Datuk, Abdul Latif Romly Terus Belanja Geng Atlet Para

Berita

Tak Sombong Selepas Terima Gelaran Datuk, Abdul Latif Romly Terus Belanja Geng Atlet Para

Baru-baru ini, atlet lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly telah menerima  pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada majlis istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan di Istana Negara, 8 Februari lepas.

Tetap kekal dengan sikap rendah dirinya, atlet berasal dari Arau, Perlis itu bagaimanapun tidak melupakan rakan seperjuangannya selepas menerima anugerah tersebut.

Advertisement

Menerusi perkongsian jaguh lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli di Instagram, atlet para berusia 24 tahun itu telah mengajak dan belanja rakan-rakannya di sebuah restoran.

Tahniah kepada sahabat saya Datuk Latif Romly dan terima kasih belanja sahabat seperjuangan makan… semoga terus dilimpahi rezeki.”

Selain Ziyad, Datuk Latif turut mengajak beberapa rakan atlet yang lain untuk memeriahkan makan malam itu termasuklah, pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m T36), Nasharuddin Mohd (400m T20), Afiq Ali Hanafiah (100m T12), Muhamad Ashraf Muhammad Haisham (1,500m T46), Mohamad Aliff Mohamad Awi (lontar peluru F20), Mohamad Faizal Aideal Suhaimi (100m T12) dan Eddy Bernard (100m T37, lompat jauh T22).

Untuk rekod, Abdul Latif meraih pingat emas lompat jauh T20 lelaki pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 lalu sekaligus mempertahankan gelaran dimenanginya pada temasya Rio 2016.

Dia turut meraih dua pingat emas Kejohanan Para Dunia di Doha 2015 dan London 2017, emas Sukan Para Asia Incheon 2014 dan Jakarta 2018 serta tiga emas Sukan Para Asean di Naypyidaw 2014, Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.

1 year lalu

"Bukan Soal Ganjaran, Hanya Ingin Harumkan Malaysia" - Ziyad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.