“Bukan Soal Ganjaran, Hanya Ingin Harumkan Malaysia” – Ziyad

Trending

“Bukan Soal Ganjaran, Hanya Ingin Harumkan Malaysia” – Ziyad

Sebelum ini, bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zoklples Embong berpandangan Ziyad Zolkefli tidak layak menerima ganjaran setimpal. Ini selepas kegagalannya membawa pulang pingat emas selepas pihak jawatankuasa Paralimpik Tokyo 2020 menarik semula kemenangannya kerana didakwa lewat masuk ke Call Room.

3 years ago

Bekas Pengarah MSN Zolkples Tak Setuju Ziyad Diberi Ganjaran

Advertisement

Ziyad kemudian memberikan respon berkenaan isu sama ada dia layak atau tidak menerima ganjaran setimpal. Dia menjelaskan, tujuannya sebagai atlet hanya ingin mengharumkan nama negara dan bukannya mendapatkan ganjaran.

Misi Ziyad ke Tokyo adalah untuk membawa bendera Malaysia, nama kelurga dan harga dirinya.

“Saya menjadi atlet bukan semata-mata mahukan ganjaran, sebaliknya paling penting adalah saya mahu mengharumkan nama Malaysia. Soal ganjaran adalah perkara nombor dua kerana yang paling utama saya mahu membanggakan Malaysia, apatah lagi ketika itu kita menyambut Hari Kemerdekaan.”

“Perkara ini saya serahkan kepada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk menentukannya. Kalau ada, saya bersyukur dan jika tiada sekalipun saya terima kerana ini adalah adat dalam pertandingan, ada yang menang dan kalah.”

Ziyad reda dengan apa yang berlaku dan yakin sudah buktikan kepada rakyat Malaysia, dia sudah lakukan yang terbaik.

“Mungkin kali ini nasib dan rezeki tidak menyebelahi saya. Seperti yang saya katakan, kalau ada ganjaran, saya bersyukur dan saya anggap sebagai satu penghargaan buat diri saya, tetapi kalau tiada, saya reda.” – Jawabnya kepada BH Sukan.

Kami doakan agar Ziyad diberikan kekuatan dan terus berusaha untuk melakar kejayaan sekaligus mengharumkan nama negara. Terima kasih Ziyad, anda tetap hero Malaysia.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...