Terkenal dengan imej mulut ‘laser’, Mas Idayu lagi sekali menjadi perhatian kerana komen yang diberi terhadap salah satu peserta dalam rancangan Ceria Popstar Xtar 2022.
Walau bagaimanapun, pada minggu pertama rancangan tersebut, peserta bernama Dhiyaa yang berusia 11 tahun telah menjadi tumpuan kerana kritikan pedas yang diberi oleh Mas Idayu.
Dhiyaa mempersembahkan lagu ‘Teman’ yang dipopularkan oleh Iman Troye serta menunjukkan bakat menarinya sepanjang persembahan lagu berkenaan.
Akan tetapi, Mas Idayu memberikan kritikan keras kerana menurutnya peserta itu mengabaikan perkara utama dalam rancangan tersebut iaitu nyanyian.
Sedih dengan kritikan yang diterima, Dhiyaa dilihat seperti menahan diri sendiri daripada mengalirkan air mata semasa berdiri di atas pentas.
Beralih ke ruangan komen Instagram Astro Ceria, rata-rata warganet memberi pendapat bahawa tindakan Mas Idayu agak ‘over’ dan kritikan yang diberi tidak sesuai untuk kanak-kanak.