Ingatkan mahu berhenti dari melakukan hal-hal pelik tetapi terbaru, pengasas bersama syarikat OceanGate iaitu Guillermo Sohnlein berhasrat mahu menghantar manusia ke planet Zuhrah pada tahun 2050.
Difahamkan, OceanGate yang berpangkalan di negara Amerika Syarikat merupakan syarikat sama yang menghantar sebuah kapal selam buatan sendiri, Titan saksi bangkai Titanic sebelum ia meletup di dasar Launtak Atlantik pada Jun lalu.
Didalam insiden kapal selam meletup itu, seramai lima orang mangsa yang menaiki kapal tersebut dilaporkan mati.
Menghantar manusia ke Zuhrah adalah satu aspirasi, tetapi saya fikir ia boleh dilakukan menjelang 2050
Melalui satu sesi temu bual, Sohnlein berharap syarikat baharunya boleh menghantar seramai 1000 orang ke planet paling panas iaitu Zuhrah.