Tragedi Titan: Anak Tak Sedap Hati Dengan Lawatan Bangkai Titanic, Ikut Sebab Nak Gembirakan Hati Bapa

Dunia

Tragedi Titan: Anak Tak Sedap Hati Dengan Lawatan Bangkai Titanic, Ikut Sebab Nak Gembirakan Hati Bapa

Bayaran lebih dari RM1 juta untuk melawat bangkai kapal mewah bersejarah Titanic yang terletak di Laut Atlantic menjadi tragedi selepas 3 penumpang bersama 2 pengendali kapal selam Titan milik syarikat OceanGate dilaporkan meletup.

Difahamkan, kapal selam tersebut tewas kerana tekanan air laut yang amat tinggi serta dipercayai 5 mangsa mengalami situasi catastrophic implosion.

Advertisement

tragedi titan

Antara mangsa yang terlibat adalah Shahzada Dawood, 48 dan anak lelakinya, Suleman Dawood, 19. Difahamkan mereka adalah keluarga keluarga terkaya di Pakistan.

 

 

Menurut kakak kepada Shahzada iaitu Azmeh Dawood, anak saudara lelakinya itu sempat meluahkan rasa tidak sedap hati serta ragu-ragu untuk menyertai lawatan bangkai Titanic itu.

tragedi titan

Kebetulan tarikh kapal Titan memulakan selaman adalah pada 18 Jun iaitu sambutan Hari Bapa, jadi Suleman pun menyokong hasrat bapanya untuk menyertai lawatan terbabit.

Dalam pada masa yang sama, Azmeh berkata adiknya memang mempunyai minat yang mendalam terhadap Titanic sejak kecil lagi dan apabila mendengar Shahzada sanggup membayar dengan harga yang semahal itu, dia sama sekali tidak terkejut.

tragedi titan

Sementara itu, wanita berkenaan turut sempat mengucapkan terima kasih kepada pasukan SAR yang terlibat dalam misi pencarian tragedi Titan ini serta akur dengan pemergian ahli keluargannya.

Titan
11 months ago

Kapal Selam Lawat ‘Titanic’ Meletup, Semua Lima Penumpang Disahkan Maut

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : NBC News

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...