Kembali mencuit kesabaran netizen, pelakon Rita Rudaini kembali meluahkan pendapat mengenai vaksinasi, kali ini mengenai anak-anaknya pula.
Dalam beberapa siri hantaran di Instagram Story miliknya, Rita berkata dia bersyukur kerana Tuhan telah menjadikannya seorang ibu yang bodoh kerana tidak membiarkan anak-anaknya dijadikan bahan uji kaji vaksin.
Ujar Rita, ramai netizen di luar sana yang kasihankan Ryan dan Arjuna kerana mendapat seorang ibu seperti dirinya yang dianggap tidak mementingkan soal kesihatan dan keselamatan anak sendiri.
Nasib baik Tuhan jadikan sistur seorang mak yang bodoh tak serah badan dan anak-anak untuk uji kaji. Sistur syukur sangat dipilih jadi bodoh betul.
Dalam satu hantaran Instagram Story berlainan, Rita ada berkongsi keratan berita tentang penemuan varian terbaru COVID-19 iaitu Omicron yang dikatakan menyebabkan keletihan teruk kepada pesakit.
“Awat letih sangat ni..adakah salah mop? Ke sebab Omicron megatron bagai? Tapi hari-hari memang letihlah lepas buat kerja rumah. Geram ni sebab confuse.” tulisnya.
Dia dalam pada itu meminta orang ramai agar sentiasa mengemaskini MySejahtera dan mematuhi SOP yang ditetapkan dan tidak menjadi bodoh sepertinya.
Menjengah ke ruangan komen media sosial di sebuah forum tempatan, ramai yang nampaknya sudah ‘geram’ dan hilang sabar dengan aktres itu.
Netizen juga beranggapan bahawa pelakon filem Anak Mami Junior itu sebagai seorang yang angkuh dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup mengenai vaksin.