“Tak Sensitif Langsung!” – Pereka ‘Bookmark’ Buku Dikecam Netizen Gara-Gara Tiru Tiket ‘Penerbangan Akhir MH370 & MH17’

Kehidupan

“Tak Sensitif Langsung!” – Pereka ‘Bookmark’ Buku Dikecam Netizen Gara-Gara Tiru Tiket ‘Penerbangan Akhir MH370 & MH17’

Sehingga saat ini, tragedi nahas yang membabitkan dua buah kapal terbang bernombor MH370 dan MH17 yang berlaku beberapa tahun yang lalu masih segar diingatan rakyat Malaysia.

Sedangkan rakyat rasa perit apabila mendengari khabar duka yang berlaku beberapa tahun yang lalu, inikan pula keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba.

Advertisement

Pelbagai cara masyarakat lakukan bagi mengingati tragedi yang berlaku itu tanpa sebarang halangan, asalkan ianya tidak melampaui batasan.

Bagaimanapun, baru tadi tular di Twitter ada pihak yang dikatakan tidak sensitif, malah didakwa mengambil kesempatan untuk mendapat untung dengan menghasilkan barangan yang kononnya diinspirasi oleh kisah tragedi MH370 dan MH17.

Difahamkan melalui ciapan tersebut, barang yang dihasilkan itu merupakan penanda buku dimana reka bentuknya seperti tiket penerbangan terakhir untuk pesawat MH370 dan MH17.

komen twitter

Biarpun kapsyen dalam ciapan itu kelihatan berpuas hati dengan hasil rekaan penanda buku tersebut, lain pula bila meninjau di ruangan komen kerana rata-rata netizen meninggalkan komen seperti tidak berpuas hati serta menganggap ianya tidak sensitif terutamanya buat keluarga mangsa.

MH370
2 years ago

"Hilang Tapi Tak Dilupakan.." - Genap 8 Tahun Tragedi #MH370, Kepulangannya Tetap Dinanti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...