“Hilang Tapi Tak Dilupakan..” – Genap 8 Tahun Tragedi #MH370, Kepulangannya Tetap Dinanti

Berita

“Hilang Tapi Tak Dilupakan..” – Genap 8 Tahun Tragedi #MH370, Kepulangannya Tetap Dinanti

Tanggal 8 Mac 2022 hari ini menandakan bahawa sudah lapan tahun tragedi pesawat Malaysia Airlines iaitu penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China hilang tanpa dikesan.

Perginya tidak bernisan, kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu masih kekal misteri dan perkembangan terkini mengenai tragedi itu tetap ditunggu oleh keluarga mangsa dan juga rakyat Malaysia terutamanya.

Advertisement

Meninjau ke media sosial, tanda pagar (hashtag) #MH370 turut menjadi tular di Twitter dan juga Facebook di mana ianya menjadi simbolik kepada tanda kenangan terhadap tragedi itu dan masih mendapat perhatian daripada seluruh dunia.

#MH370. Lapan tahun dan masih tiada jawapan. Di mana anda? Apa sebenarnya yang terjadi? Adakah telah berada di tempat yang terbaik? Persoalan yang tiada jawapan pada setiap tahun. Anda sentiasa dalam doa. Hilang tapi tak dilupakan.

Selain daripada tanda tanya yang masih berbangkit tentang keberadaan pesawat itu kini, netizen masih tidak henti-henti menzahirkan doa dan rasa simpati kepada mereka yang terjejas, terutamanya buat waris penumpang dan juga kru pesawat berkenaan.

MH370 8 tahunSumber : Google  

 

“Hari ini hari untuk diingati buat pesawat MH370. Al-Fatihah.” tulis seorang netizen.

Sekadar info, pesawat jenis Boeing 777-200ER itu hilang dari radar dan gagal dikesan ketika berada di 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan.

MH370 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi dan dijadualkan mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi di hari yang sama namun tidak kunjung tiba.

Misi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian dikerah oleh beberapa buah negara bermula di Laut China Selatan, Selat Melaka dan juga diperluaskan sehingga ke Lautan Hindi.

Sisi gelap insurans
2 years ago

Ramai Akui Dah 'Terpedaya', Lelaki Ini Dedah Sisi Gelap Industri Takaful Dan Insurans

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...