Sehingga saat ini, tragedi nahas yang membabitkan dua buah kapal terbang bernombor MH370 dan MH17 yang berlaku beberapa tahun yang lalu masih segar diingatan rakyat Malaysia.
Sedangkan rakyat rasa perit apabila mendengari khabar duka yang berlaku beberapa tahun yang lalu, inikan pula keluarga mangsa yang kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba.
Pelbagai cara masyarakat lakukan bagi mengingati tragedi yang berlaku itu tanpa sebarang halangan, asalkan ianya tidak melampaui batasan.
Siapa yang reka penanda buku ni baik mengaku. Kemas, kacak dan rupawan! Nah bunga! ??? pic.twitter.com/nmCw0cTbn3
— W ???? ????? (@warkahwijaya) March 9, 2022
Bagaimanapun, baru tadi tular di Twitter ada pihak yang dikatakan tidak sensitif, malah didakwa mengambil kesempatan untuk mendapat untung dengan menghasilkan barangan yang kononnya diinspirasi oleh kisah tragedi MH370 dan MH17.
Difahamkan melalui ciapan tersebut, barang yang dihasilkan itu merupakan penanda buku dimana reka bentuknya seperti tiket penerbangan terakhir untuk pesawat MH370 dan MH17.
Biarpun kapsyen dalam ciapan itu kelihatan berpuas hati dengan hasil rekaan penanda buku tersebut, lain pula bila meninjau di ruangan komen kerana rata-rata netizen meninggalkan komen seperti tidak berpuas hati serta menganggap ianya tidak sensitif terutamanya buat keluarga mangsa.