Melalui laporan Harian Metro, sekurang-kurangnya 30 pasangan dari Kuala Lumpur, Kelantan dan Terengganu datang ke Thailand pada setiap satu bulan untuk bernikah atau berpoligami.
Ramai nikah di Thailand demi poligami
Hal itu disahkan sendiri oleh Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat iaitu Abdul Aziz Che Mamat berkata kebanyakkan pasangan yang mahu berpoligami sanggup berjalan jauh datang ke sana demi menghalalkan hubungan mereka.
Katanya, poligami merupakan punca ramai pasangan dari Malaysia memilih untuk bernikah di selatan Thailand dan tindakan itu tidak perlu dipandang sinis serta masyarakat perlu berfikiran terbuka.
Tak semudah yang disangka
Bagaimanapun, perkahwinan yang dilangsungkan di selatan Thailand tidak semudah disangka kerana ada syarat tersendiri termasuk memeriksa latar belakang pasangan.
Menurut Abdul Aziz lagi, pihaknya tidak akan sesuka hati menikahkan sebuah pasangan kerana setiap orang perlu memikirkan nasab keturunan selepas itu jika berbohong.
Difahamkan, setiap pasangan yang mahu bernikah di sana perlu membuat pengesahan di Pejabat Konsulat Besar Malaysia di Songkhla dan daftar perkahwinan mereka di Malaysia bagi mengelakkan sebarang fitnah serta hal pasangan wanita sekiranya mempunyai anak kelak.