“Tak Sangka Ustaz..” – Bapa Hantar Bermalam Di Rumah PU Azman, Terkedu Anak Jadi Mangsa Perbuatan Sumbang

Berita

“Tak Sangka Ustaz..” – Bapa Hantar Bermalam Di Rumah PU Azman, Terkedu Anak Jadi Mangsa Perbuatan Sumbang

Bapa kepada seorang mangsa gangguan seksual Pencetus Ummah (PU) Azman memaklumkan kepada pihak Mahkamah Sesyen Seremban dirinya menghantar anak ke rumah pendakwah itu untuk bermalam disitu atas tujuan menimba ilmu agama.

Antara sebab dia menghantar anak ke rumah PU Azman atau nama sebenar, Azman Syah Alias kerana percaya pendakwah bebas itu mampu memberi didikan agama serta beri nasihat buat anak lelakinya.

Advertisement

Bahkan, mangsa berumur 17 tahun itu turut mendapat keizinan untuk bermalam di rumah Azman selepas bapa sendiri menghantar ke kediaman pendakwah itu yang terletak di Klang, Selangor.

pu azman

Bapa mangsa mengetahui kelakuan jijik pendakwah itu selepas seorang guru sekolah turut mendakwa anaknya menjadi mangsa gangguan seksual Azman.

Saya terkejut perkara ini boleh berlaku sebab tak percaya ustaz boleh buat perkara begitu.

pu azman

Dalam pada itu, saksi memberitahu anak lelakinya mengalami masalah tekanan atas perkara yang sudah berlaku terhadap dirinya dan dia turut meminta untuk menamatkan pengajian di kolej vokasional.

Sekadar info, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual secara fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari serta Julai, 2022.

PU Azman
10 months ago

Perbicaraan Kes Gangguan Seksual Bermula, PU Azman Semakin Kurus - "Job Ceramah Macam Biasa"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...