Perbicaraan Kes Gangguan Seksual Bermula, PU Azman Semakin Kurus – “Job Ceramah Macam Biasa”

Hiburan

Perbicaraan Kes Gangguan Seksual Bermula, PU Azman Semakin Kurus – “Job Ceramah Macam Biasa”

Penceramah selebriti, PU Azman dilihat hadir pagi ini ke Mahkamah Sesyen Seremban bagi perbicaraan lima pertuduhan yang dihadapinya iaitu amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 42, mengenakan baju kurta berwarna kuning serta berkopiah hitam kelihatan tersenyum sambil ditemani peguamnya.

Advertisement
PU AzmanSumber : Mstar 

Dia juga sempat memberitahu media bahawa dirinya masih menerima tawaran memberi ceramah meskipun sedang berdepan tuduhan di mahkamah.

Job masih macam biasa, cuma tak kongsi di media sosial. Jemputan ceramah seperti biasa.

Pendakwah itu yang kelihatan lebih kurus daripada kebiasaan menjelaskan bahawa dia sering melakukan aktiviti hiking dan berdiet sejak kebelakangan ini.

Ramai tanya kenapa kurus. Saya diet. Aktiviti juga seperti biasa. Saya banyak pergi hiking.

Terdahulu, PU Azman didakwa atas tuduhan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.

Dia juga turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.

Aya amiruddin
10 months ago

"Saya Ada 'Barang' Dan Kelakar" - Pelawak Aya Amiruddin Syukur Teman Lelaki Jadi Tulang Belakang Karier

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...